Advertisements

Skim MyezyCover: Beli Insurans Kenderaan Secara Ansuran

Penjawat awam terutama daripada golongan B40 kini mendapat keistimewaan untuk membeli insurans kenderaan secara ansuran melalui Skim MyezyCover yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Skim MyezyCover merupakan skim takaful (insurans) kenderaan secara ansuran patuh syariah tanpa sebarang faedah yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada penjawat awam dan B40 untuk membeli insurans kenderaan.

Tujuan skim bayaran ansuran ini diperkenalkan adalah untuk membantu penjawat awam menguruskan pegangan tunai untuk digunakan pada perbelanjaan yang lebih diperlukan secara terancang.

Pelaksanaan skim insurans kenderaan ini akan melibatkan pembiayaan RM100 juta melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), MyAngkasa Amanah Berhad (MAAB) dan A Tech Insure Sdn Bhd (ATECH).

Bayaran Ansuran

Penjawat awam ditawarkan untuk membayar insurans kenderaan secara ansuran dalam tempoh 10 bulan serendah RM50.

Selain itu, penjawat awam juga boleh membayar insurans kenderaan secara ansuran tersebut secara potongan gaji Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Sasaran Skim

Pada peringkat awal ini, Skim MyezyCover disasarkan kepada penjawat awam khasnya B40.

Namun skim ini akan diperluaskan kepada golongan pesara (kerajaan) dan syarikat swasta yang mana mereka boleh membeli insurans (takaful kenderaan) secara ansuran sama ada setiap bulan, setiap tiga atau empat bulan atau sekali gus.

Cara Pembelian

Untuk membeli insurans kenderaan menggunakan Skim MyezyCover ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.myezycover.com/.
  2. Klik butang ‘Sign Up.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Log in dengan memasukkan email dan klik butang ‘Login.’
  5. Bandingkan insurans yang ingin diambil.
  6. Buat pembayaran.

Soalan Lazim

Adakah skim MyezyCover merupakan produk patuh syariah?

Ya. Skim MyEzyCover adalah produk takaful patuh Syariah untuk kakitangan kerajaan.

Siapa yang boleh menggunakan perkhidmatan ini?

Semua rakyat Malaysia khususnya penjawat awam yang mempunyai lesen memandu JPJ yang sah.

Apakah faedah memperbaharui insurans di MyezyCover?

Melalui Skim MyezyCover, pembaharuan insurans boleh dilakukan secara atas talian yang mana prosesnya sangat mudah, menjimatkan banyak masa dan kos. Perkhidmatan ini juga boleh diakses pada bila-bila masa dan tersedia untuk semua kakitangan kerajaan.

Bagaimanakah cara saya memilih padanan sebut harga yang sesuai untuk keutamaan saya?

Pengguna mempunyai beberapa pilihan untuk memilih daripada semua syarikat insurans dan Takaful yang mengambil bahagian dalam MyezyCover. Pengguna boleh menyemak dan membandingkan semua ciri yang ditawarkan termasuk faedah asas dan tambahan yang ditawarkan oleh penyedia insurans dan takaful yang berbeza.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim MyEzyCover, sila layari laman web https://www.myezycover.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.