Advertisements

STEPP IATn 2022: Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang

Usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) di Negeri Pahang yang memerlukan bantuan geran boleh membuat permohonan menerusi Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP).

Program STEPP adalah merupakan insentif berbentuk geran pemadanan yang diberikan kepada usahwan mikro IATn di Negeri Pehang.

Menerusi program ini, usahawan mikro IATn yang layak dipertimbangkan adalah dalam ketegori:

  • Tahap 1: Nilai jualan kasar tahunan adalah sama atau di bawah RM50,000
  • Tahap 2: Nilai jualan kasar tahunan adalah lebih RM50,000 sehingga sama atau di bawah RM100,000

Usahawan mikro IATn yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.

Skop Insentif

Skop insentif yang akan diterima usahawan yang layak adalah merangkumi:

  • Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
  • Reka bentuk pembukusan dan pelabelan
  • Peningkatan kapasiti pengeluaran
  • Penambahbaikan premis
  • Perolehan papan tanda perniagaan

Kadar & Nilai Geran

Kadar geran bagi skop insentif kajian nutrisi dan jangka hayat produk, usahawan akan menerima geran penuh 100% dengan maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap permohonan yang dibuat.

Bagi skop insentif yang lain, usahawan akan menerima geran pemadanan (geran 90%, usahawan 10%) dengan nilai maksimum RM10,000 setiap permohonan (termasuk kajian nutrisi dan jangka hayat produk jika dipohon secara kombinasi).

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat permohonan iaitu:

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Pahang dan berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  2. Telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 1 tahun.
  3. Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada Tahap 1 dan Tahap 2.
  4. Mempunyai produk yang menggunakan produk hasilan ternakan.
  5. Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih.
  6. Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang sekiranya projek dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang baik dan kekal mampan.
  7. Tidak disenarai hitam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  8. Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan jabatan.
  9. Pemohon yang berjaya diwajibkan menandatangani perjanjian program dan bersedia dipantau dalam tempoh 2 tahun setelah menerima bantuan.

Cara Memohon

Ikuti cara memohon menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://drive.google.com/file/d/11eLunl4Har-_0C4Kn2OFgL3ymu7HJ0ty/view?fbclid=IwAR1gozG0JYFq-7SP9US9pgmbP65Cs_QaQaTX529z8o64Pev49sSdOi9mczk.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar dokumen-dokumen tersebut ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disediakan oleh usahawan adalah seperti:

  1. Memorandum and Articles of Association
  2. Penyata kewangan syarikat yang terkini (jika berkenaan)
  3. Lesen perniagaan
  4. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM); atau
  5. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (jika berkaitan)

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai STEPP, sila layari laman web https://dvs.pahang.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.