Pembiayaan koperasi berasaskan agromakanan adalah dipelawa untuk memohon pinjaman menerusi Skim Agro Food Facilities di bawah Bank Negara.
Skim Agro Food Facilities adalah pembiayaan atau pinjaman bagi menggalakkan pengeluaran bahan makanan yang diuruskan koperasi berasaskan agromakanan.
Tujuan utama kerajaan memperkenalkan skim ini adalah kerana mahu menggalakkan koperasi untuk terus mengeluarkan lebih banyak agromakanan.
Ini secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan kenaikan harga barang di pasaran.
Pelaksanaan pinjaman ini akan melibatkan peruntukkan dana sebanyak RM500 juta kepada koperasi berasaskan agromakanan yang layak.
Tujuan Pinjaman
Tujuan pinjaman yang diperuntukkan menerusi skim ini adalah seperti:
- Modal Kerja
- Perbelanjaan Modal
- Projek agro makanan
Adalah diingatkan, skim ini tidak boleh diguna pakai sebagai pembiayaan semula (refinancing) pembiayaan-pembiayaan sedia ada yang diberi oleh institusi-institusi kewangan yang sama atau lain.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi koperasi yang layak untuk memohon skim ini adalah seperti berikut:
- Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau pihak berkuasa atau pejabat daerah di Sabah dan Sarawak.
- Pegangan saham oleh Syarikat Tersenarai Awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (jika ada) mestilah tidak boleh melebihi 20%.
- Sah untuk syarikat Malaysia dan individu penduduk Malaysia yang memegang saham sekurang-kurangnya 51% di dalam syarikat tersebut.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat secara terus menerusi institusi-institusi kewangan yang terlibat.
Kelulusan pinjaman ini adalah bergantung kepada penilaian kredit yang dijalankan oleh institusi kewangan terbabit.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut boleh dirujuk menerusi laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di pautan https://www.facebook.com/OfficialKUSKOPMalaysia.