Advertisements

Program KerjayaGig- Bantuan Kewangan RM1,000 Kepada Pengganggur & Rider

Advertisements

Program KerjayaGig adalah sebuah kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan daripada Penjana Kerjaya 2.0 untuk pekerjaan dalam tempoh jangka masa pendek atau mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Baca juga : Cara Mohon Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) 2022

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan penerima bantuan Insentif Pengambilan Program KerjayaGig:

  1. Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO
  2. Pencari kerja dari golongan rentan seperti golokan OKU, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan dan sebagainya
  3. Pekerja formal yang digajikan dan berdaftar dengan PERKESO tetapi diberikan notis cuti tanpa gaji

Kadar Bantuan Yang Diterima

Berikut adalah kadar bantuan dan insentif yang akan diterima oleh pemohon:

  • Insentif RM600 : Bagi setiap individu selagi mana mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan
  • Insentif RM200 : Kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan KerjayaGig:

  • Borang Pengesahan Pekerjaan yang ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
  • Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri,
    • salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan dan nama bank
  • Surat atau dokumen berkaitan serta bukti yang dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji
  • Emel pengesahan daripada operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru diambil.

Tarikh Permohonan

Permohonan telah pun di buka dari 15 Julai 2021 dan permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online).

Cara Permohonan

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat permohonan KerjayaGig:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Mendaftar dan mengiklankan jawatan kosong di www.myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  • Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja
  • Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya di penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  • Proses kelulusan akan dimaklumkan menerusi emel kepada pekerja
  • Majikan terima pembayaran dalam tempoh 30 hari

Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  • OBS menerima emel notifikasi setelah permohonan Operatot diluluskan
  • OBS akan menerima bayaran yang pertama selepas membuat pengesahan
  • Untuk menerima pembayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu melengkapkan Log Aktiviti Gig menerusi PenjanaKerjaya (bermula bulan kedua)
  • OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya www.penjanakerjaya.perkeso.gov.my

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat yang lebih perperinci mengenai Program KerjayaGig, anda boleh rujuk –DI SINI

Baca juga :Cara Tuntut PERKESO Skim Bencana Kerja Akibat COVID-19

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.