Usahwantani dan usahawan di Negeri Sarawak berpeluang mengikuti Program Latihan & Pembangunan ICT Luar Bandar secara percuma!
Program Latihan dan Pembangunan ICT Luar Bandar ini dijalankan oleh Kementerian Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak (MANRED)
Untuk makluman, MANRED merupakan kementerian yang bertanggungjawab menerajui pembangunan komuniti pertanian dan luar bandar di Sarawak.
Program ini adalah salah satu usaha MANRED untuk membangunkan komuniti pertanian di luar bandar.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan tahap kecekapan dan celik ICT bagi tujuan pembangunan komuniti luar bandar dan mengurangkan jurang digital dengan menyediakan latihan kepada masyarakat luar bandar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Justeru itu, usahwan tani dan usahawan di Negeri Sarawak yang berminat untuk menyertai program ini boleh membuat permohonan dengan segera.
Kursus Yang Ditawarkan
Kursus yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:
- Kursus Pemasaran Melalui Media Sosial
- Video Communications for Commercial Product Use
- Smart Farming Programme
Syarat Penyertaan
Usahawantani atau usahawan yang ingin menyertai program ini perlu memenuhi syarat penyertaan iaitu:
- Penyertaan adalah percuma dan keutamaan diberikan kepada usahawantani dan bakal usahawan.
- Terbuka kepada peserta berumur 21 hingga 55 tahun.
- Hanya peserta yang disenarai pendek akan dihubungi.
- Peserta wajib lengkap vaksin COVID-19.
Cara Memohon
Pemohon boleh memohon untuk menyertai program ini menerusi langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut https://forms.gle/v88bK78NK6ff6URZ8.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pilih senarai program yang disediakan sama ada:
– Pemasaran Melalui Media Sosial
– Visual Communication For Commercial Product
– Smart Farming - Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi:
- Cik Querine Jite: 016-2413477
- Puan Elizabeth Kathy (012-8515684)