Advertisements

Sarawak Beri Diskaun Tarif Elektrik Buat Industri Makanan Dan Minuman

Advertisements

Akibat kenaikan kos sara hidup rakyat yang sangat meninggi, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan memperkenalkan diskaun ke atas tarif elektrik kepada industri makanan dan minuman di Sarawak.

Pemberian diskaun tarif elektrik ini bukan sahaja buat pengeluar dan peruncit makanan malah ia juga termasuklah kedai kopi, restoran dan industri makanan dan minuman lain bagi mengurangkan kos perniagaan mereka.

Oleh itu, kerajaan Sarawak akan melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengurangkan kesan kenaikan kos sara hidup rakyat susulan inflasi makanan.

Dengan mengurangkan tarif elektrik kepada industri makanan dan minuman, Premier Sarawak menjangkakan bahawa peniaga akan mengurangkan harga makanan dan minuman di pasaran.

Selain itu, Premier Sarawak akan turut mempertimbangkan untuk memberi diskaun harga isi rumah LPG dengan berunding bersama pengeluar silinder tong gas untuk mengurangkan harga tong berkenaan.

Menurut beliau, harga LPG sudah disubsidi sehingga 50 peratus oleh Kerajaan Persekutuan dengan harga kawalan semasa bagi tong silinder berisi LPG 14 kilogram adalah pada RM26.60.

Disamping itu, kerajaan Sarawak juga akan mengambil perhatian terhadap kenaikan harga makanan yang telah menjejaskan kos sara hidup rakyat.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun begitu, semua peningkatan kos sara diri ini meningkat adalah disebabkan oleh ketegangan geopolitik semasa yang membawa kepada inflasi yang diimport dan prestasi ringgit berbanding USD yang merosot 0.7 peratus pada suku pertama 2022.

Dengan menyedari ketidaktentuan itu, Premier Sarawak berkata bahawa kerajaan Sarawak telah menetapkan Strategi Pembangunan PascaCovid-19 2030 (PCDS 2030) untuk menangani pembaharuan ekonomi negeri ketika Sarawak bergerak ke arah negeri berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2030.

Baca juga : MPKS Tawar Diskaun Kompaun Pelbagai Kesalahan Sebanyak 50 Peratus

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.