Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah menyediakan bantuan peralatan perniagaan kepada para asnaf iaitu Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin.
MAIM merupakan institusi agama Islam yang telah ditubuhkan pada 28 September 1960 untuk menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Institusi ini juga berperanan dalam meningkatkan sosio ekonomi umat Islam terutamanya golongan asnaf yang memerlukan bantuan.
Oleh itu, Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin adalah salah satu usaha untuk membantu para asnaf meningkatkan taraf kehidupan mereka melalui aktiviti perniagaan.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah daripada RM500 sehingga RM10,000.
Para asnaf yang menerima bantuan ini tidak perlu membayar balik bantuan tersebut.
Syarat Umum
Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Melaka tidak kurang dari 2 tahun dan masih menetap di Melaka.
- Merupakan asnaf fakir dan miskin di negeri Melaka.
- Pendapatan kurang/tidak melebihi pengiraan Had al-Kifayah yang ditetapkan oleh MAIM.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi borang permohonan yang disediakan di Pusat Islam, Pejabat Cawangan Agihan Zakat, dan Pejabat Badan Sukarelawan At-Taqwa MAIM.
Bantuan akan disalurkan setelah mendapat keputusan kelulusan dari pegawai dan mesyuarat (tempoh siasatan berdasarkan 14 hari waktu bekerja).
Dokumen Yang Diperlukan & Sokongan
Dokumen yang diperlukan yang pelru disediakan pemohon adalah seperti berikut:
- Borang permohonan (Borang Bantuan Am MAIM).
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia.
- Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang lengkap dan masih aktif.
- Pengesahan Pendapatan Bulanan (Yang telah disahkan).
- Salinan Penyata Bank (Bank yang masih aktif).
- Sebut Harga Alat Perniagaan.
Selain itu, pemohon juga perlu menyediakan dokumen sokongan seperti:
- Gambar Perniagaan/Produk Jualan.
- Kertas Kerja Perniagaan.
- Rekod Aliran Perniagaan (dalam format Buku Lejar).
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai Bantuan Peralatan Perniagaan Asnaf Fakir dan Miskin, layari Facebook MAIM https://www.facebook.com/maimmelaka atau hubungi:
Seksyen Pembangunan Insan,
Badan Sukarelawan Al-Taqwa,
No B-3, Jalan PNBB Seksyen 2,
Bukit Baru, 75150 Melaka.
No Tel: 06-268 8109/011-5891 4140.