Advertisements

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2022 Dan Cara Bayaran

Advertisements

Kadar zakat fitrah Melaka 2022 ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 dan juga RM21 bagi umat Islam di Melaka.

Kadar bayaran tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka pada 17 Mac lepas dan ia ditetapkan berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di negeri ini.

Bagi mereka yang memakan beras Super Tempatan, kadar zakat fitrah adalah RM7. Manakala RM14 seorang bagi individu yang memakan beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni/beras wangi atau RM21 seorang bagi individu yang memakan beras basmati/beras Jepun/beras merah.

Baca juga: Kadar Zakat Fitrah Johor 2022 Kekal RM7 Dan RM10

Cara Bayar Zakat Fitrah Melaka

Umat Islam boleh mula menunaikan bayaran zakat fitrah mulai 1 Ramadan hingga awal pagi 1 Syawal dan terdapat tujuh saluran yang disediakan bagi memudahkan mereka .

Pembayaran zakat fitrah Melaka boleh dilakukan menerusi cara di bawah:

  1. Laman web rasmi Zakat Melaka (www.izakat.com)
  2. Imbasan QRPay DuitNow
  3. Portal MyEG
  4. Perbankan internet Maybank
  5. Portal MelakaPay
  6. Aplikasi MobilApps MelakaPay
  7. Melalui amil yang lantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
  8. Pegawai syarak yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Katanya, jumlah pembayar zakat pula dianggarkan seramai 662,144 orang pada tahun ini.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.