Advertisements

Jumlah Dividen ASB 2022 & Cara Pengeluaran

Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dividen ASB bagi tahun 2022.

ASB merupakan sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum Bumiputera Malaysia sahaja.

Dana amanah ini dilancarkan pada 2 Januari 1990 bagi menyediakan platform simpanan dan pelabaruan jangka masa panjang, konsisten, dan memberikan pulangan terbaik kepada para pelabur.

Dana ini bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit dijual pada kadar RM1.00.

Jumlah Dividen ASB 2022

Untuk makluman, jumlah dividen ASB untuk tahun 2022 adalah 4.60 sen seunit + bonus tambahan 0.50 sen seunit (terhad untuk 30,000 unit pertama).

Jumlah pembayaran pengagihan adalah RM8.9 bilion bagi 10.6 juta pelabur.

Cara Pengiraan Dividen ASB

Bagi anda yang melabur dalam ASB, berikut cara pengiraan dividen ASB yang bakal anda terima:

  1. Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
  2. Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
  3. Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
  4. Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.

Contoh 1

Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu. 

Cara kiraannya adalah seperti berikut

= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)

= RM600

Contoh 2

Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. 

Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000. 

Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut : 

= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)

= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325

Cara Keluarkan Duit ASB

Dan tahukah anda kini anda boleh mengeluarkan duit ASB secara online sebanyak RM500 sebulan.

Segalanya boleh dibuat melalui aplikasi MyASNB.

Untuk makluman lanjut anda boleh rujuk artikel ini.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai dividen ASB 2022, sila layari laman web https://www.asnb.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: