Pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan dividen ASB bagi tahun 2023.
ASB merupakan sebuah dana amanah pelaburan khusus untuk kaum Bumiputera Malaysia sahaja.
Dana amanah ini dilancarkan pada 2 Januari 1990 bagi menyediakan platform simpanan dan pelabaruan jangka masa panjang, konsisten, dan memberikan pulangan terbaik kepada para pelabur.
Dana ini bersifat ekuiti tetap di mana harga seunit dijual pada kadar RM1.00.
Jumlah Dividen ASB 2023
Untuk makluman, jumlah dividen ASB untuk tahun 2023 adalah sebanyak 5.25 sen seunit meliputi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion ini akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.
Tempoh Penangguhan Urus Niaga 2023
Urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua platform digital dan perbankan internet, akan ditangguhkan dari 22 hingga 25 Disember 2023. Hal ini demikian kerana, satu ciri khas diperkenalkan pada tahun ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terus menabung, yang membolehkan transaksi pelaburan tambahan tunai dalam ASB bermula 26 Disember 2023.
Untuk pengetahuan anda urus niaga pelaburan ini akan diambil kira untuk baki minimum bulanan pada Januari 2024. Perkara ini membolehkan pemegang unit menikmati pengiraan penuh pengagihan pendapatan mulai Januari 2024.
Bagi pemegang unit, anda boleh melakukan semula urus niaga anda di semua platform digital dan perbankan internet bermula 1 Januari 2024, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB bermula 2 Januari 2024.
Kaedah Pengiraan Dividen ASB
Bagi anda yang melabur dalam ASB, berikut cara pengiraan dividen ASB yang bakal anda terima:
- Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB). Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1hb sehingga hujung bulan. Dapatkan BMB untuk 12 bulan, bermula dari tahun Januari sehingga bulan Disember.
- Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan. Kemudian, campurkan kesemua BMB untuk 12 bulan tersebut.
- Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan, ataupun nama lainnya Baki Minimum Tahunan.
- Kemudian, darabkan Baki Minimum Tahunan dengan kadar dividen/bonus.
Contoh 1
Katakan pada 1/1/2021, anda simpan dalam ASB sebanyak RM12,000 (Jan sehingga Dis) dan tiada lagi simpanan selepas itu.
Cara kiraannya adalah seperti berikut
= RM12,000 X 12 bulan / 12 bulan x Jumlah Dividen (Contohnya 5.00%)
= RM600
Contoh 2
Katakan anda simpan RM1,000 setiap bulan pada 1 haribulan selama setahun. Dan jumlah simpanan pada Disember adalah RM12,000.
Jadi cara kiraannya adalah seperti berikut :
= RM1K (Baki min Jan) + RM2K (Baki min Feb) + RM3K (Baki min Mar) + RM4K (Baki min Apr) + RM5K (Baki min May) + RM6K (Baki min Jun) + RM7K (Baki min Jul) + RM8K (Baki min Aug) + RM9K (Baki min Sep) + RM10K (Baki min Oct) + RM11K (Baki min Nov) + RM12K (Baki min Dec)
= (RM78,000 / 12) X 5.00% = RM325
Cara Keluarkan Duit ASB
Dan tahukah anda kini anda boleh mengeluarkan duit ASB secara online sebanyak RM500 sebulan.
Segalanya boleh dibuat melalui aplikasi MyASNB.
Untuk makluman lanjut anda boleh rujuk artikel ini.
Maklumat Lanjut
Bagi anda yang menginginkan maklumat tambahan berkenaan dividen ASB 2023 ini, anda boleh ke laman rasmi Amanah Saham Berhad atau anda boleh hubungi ASB dengan cara berikut:
- No. Tel: 03-7730 8899
- Email: [email protected]