Advertisements

IHR 2005 : Isu Peraturan Kesihatan Antarabangsa

Adakah anda tahu apa itu Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 atau International Health Regulation (IHR)?

Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 ini merupakan satu peraturan yang berada di bawah World Health Organisation (WHO) yang berperanan dalam mengendalikan tahap kesihatan awam dan kecemasan yang berpotensi merentasi sempadan.

Ia merupakan instrumen undang-undang antarabangsa yang melibatkan 196 negara, termasuk 194 Negara Anggota WHO. Peraturan ini adalah bagi membantu masyarakat global untuk hadkan risiko penyebaran penyakit akut ke seluruh negara luar.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 ini, teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel.

International Health Regulations (IHR)

IHR International Health Regulations (IHR) atau Peraturan Kesihatan Antarabangsa merupakan satu undang-undang antarabangsa yang melibatkan 196 negara, 194 negara daripadanya merupakan ahli WHO

Menerusi Peraturan Kesihatan Antarabangsa (2005), ia menyediakan rangka kerja perundangan menyeluruh dalam menganalisis hak dan kewajipan sesebuah negara dalam mengendalikan tahap kesihatan awam dan kecemasan yang berpotensi merentasi sempadan.

Umumnya, peraturan ini adalah bagi membantu masyarakat global untuk hadkan risiko penyebaran penyakit akut ke seluruh negara luar.

Tujuan peraturan ini diwujudkan adalah untuk mencegah, melindungi, mengawal dan menyediakan tindak balas kesihatan awam terhadap penyebaran penyakit antarabangsa dengan cara yang terhad kepada risiko kesihatan awam. Ia juga bagi mengelakkan gangguan terhadap perdagangan antarabangsa.

Sumber: World Health Organisations

World Health Organisation (WHO)

IHR ini terletak di bawah naugan WHO, jadi WHO ini lah yang akan bertanggungjawab dan mengambil alih sesebuah negara apabila risiko kesihatan terancam. Tapi tahukah anda apa itu WHO?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation, (WHO) merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertugas menjalankan penyelidikan dan mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk sedunia.

WHO ini merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara berikut:

  • Mengkoordinasikan usaha-usaha antarabangsa mengawal wabak penyakit epidemik.
  • Mengadakan program-program mencegah dan merawati penyakit-penyakit tersebut.
  • Memberi sokongan kepada pembuatan dan pembahagian vaksin dan ubat farmasi.
  • Menaja kempen kesihatan, seperti kempen anti rokok.
  • Menjalankan penyelidikan berkenaan perkara-perkara yang melibatkan kesihatan manusia.

Kepentingan IHR

Kepentingan yang digariskan oleh IHR adalah menentukan sesuatu penyakit itu diumumkan sebagai “ancaman kesihatan dunia” ataupun tidak.

Secara ringkasnya, IHR mempunyai lima kepentingan iaitu;

  1. Tiada Ancaman Kesihatan Sempadan
    • Mengukuhkan kebolehan negara untuk mengawal penyakit yang merentas sempadan di pelabuhan, lapangan terbang dan lintasan darat.
  2. Perjalanan Dan Perdagangan Dijadikan Lebih Selamat
    • IHR juga menggalakkan perdagangan dan pelancongan di negara-negara dan mencegah kemerosotan ekonomi.
  3. Keselamatan Kesihatan Global Dipertingkatkan
    • Selain itu, IHR mewujudkan sistem amaran awal bukan sahaja untuk penyakit tetapi untuk apa sahaja yang mengancam kesihatan dan mata pencarian manusia.
  4. Ancaman Harian Terkawal
    • Dalam masa sama, IHR membimbing negara untuk mengesan, menilai dan bertindak balas terhadap ancaman dan memaklumkan kepada negara lain dengan pantas.
  5. Faedah Semua Sektor
    • Menyediakan semua sektor untuk kemungkinan kecemasan melalui penyelarasan dan perkongsian maklumat.

Isu IHR di Malaysia

Baru-baru ini telah kecoh berkenaan IHR di Malaysia, ramai warga Malaysia yang tidak bersetuju jika Malaysia menyertai program IHR ini. Bantahan menyertai IHR 2005 ini telah diketuai Datuk Nadzim Johan.

Berikut merupaka antara sebab mengapa Malaysia perlu bantah perjanjian IHR 2005 ini menurut Datuk Nadzim Johan:

  • Perjanjian itu akan menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya membabitkan risiko kesihatan awam, malah menggugat kebebasan serta hak asasi rakyat malah kedaulatan negara, Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong boleh terancam
  • Sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat
  • Jika berlaku (pindaaan IHR 2005) dan tidak dibantah Perdana Menteri, kita akan terikat dengan terma serta syarat IHR 2005

Bagi anda yang ingin membaca lebih lagi tentang bantahan yang dikemukakan ini anda boleh lihat pada dokumen di bawah:

Pendirian Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras bagi membuat keputusan mengenai isu pindahan IHR bersama-sama 13 lagi kementerian lain meletakkan beberapa prinsip asas sebelum mebuat apa-apa keputusan.

Berikut adalah prinsip asas yang ditekankan sebelum melakukan sebarang keputusan negara:

  1. Kedaulatan dan Autonomi Negara:
    • Sebarang penggubalan pada undang-undang antarabangsa mestilah tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memeliharan kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak melanggar Hak Asasi Kebebasan Rakyat.
  2. Keadilan dan Solidariti dalam Pentadbiran
    • Malaysia berpandangan adalah penting untuk negara-negara maju membantu negara-negara membangun dengan sumber-sumber yang mereka ada.
  3. Sumber Adil dan Saksama.
    • Memastikan sumber-sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global, menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan yang lebih kukuh.
  4. Sistem Kesihatan Lestari.
    • Malaysia mengiktiraf keperluan untuk membangunkan kapasiti, kerjasama yang kukuh dan koordinasi dalam kalangan industri untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi sebarang wabak pada masa akan datang.
  5. Kesedaran Awam dan Ketulusan
    • KKM mengutamakan ketelusan dalam menyampaikan maklumat tepat kepada orang ramai. Kempen kesedaran awam serta aktiviti mempromosi pemahaman yang jelas tentang proses yang berlangsung dalam INB & WHR kepada orang ramai dapat dilihat melalui keterbukaan dalam rundingan serta ketersediaan maklumat dalam laman sesawang WHO.
IHR

Kenyataan Media KKM

Berikut merupakan kenyataan media yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan isu IHR 2005 ini:

Maklumat Lanjut

Jika anda terdapat persoalan atau pertanyaan lanjut mengenai IHR ini anda boleh utarakan soalan tersebut ke email WHO [email protected] atau email Kementerian Kesihatan Malaysia di [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.