Golongan miskin bandar dan belia di Negeri Sabah berpeluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam sektor penghantaran menerusi inisiatif yang diperkenalkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) iaitu #BIZRIDER300.
#BIZRIDER300 adalah inisiatif SEDIA bagi memberi peluang kepada golongan miskin bandar dan belia menganggur di negeri Sabah agar dapat meningkatkan pendapatan dengan bekerja dalam perkhidmatan penghantaran.
Penerima inisiatif ini akan menerima bantuan motosikal dan penerima adalah terhad kepada 300 pemohon sahaja.
Pemohon yang berminat memohon inisiatif #BIZRIDER300 boleh membuat permohonan secara online sebelum 28 Jun 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:
- Belia di Negeri Sabah berumur 18 hingga 40 tahun.
- Bermastautin di Negeri Sabah.
- Bumiputera Sabah dan golongan B40 adalah diutamakan.
- Lesen penuh B2 dan lesen P layak untuk memohon.
- Pemohon mestilah mempunyai rekod bersih dari aspek kesihatan, jenayah, dan JPJ.
- Kakitangan SEDIA dan ahli keluarga terdekatnya (ahli keluarga terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat, bapa kandung atau bapa angkat, ibu mertua, bapa mertua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara) tidak layak untuk memohon.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut iaitu https://forms.gle/cgjWD92PTVjWT37Q6.
- Masukkan email dan klik butang ‘Next.’
- Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai inisiatif #BIZRIDER300, sila layari Facebook SEDIA di pautan https://www.facebook.com/SEDIASabah.