Advertisements

Permohonan BAIKS: Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah

Perniagaan Kecil dan Sederhana di Negeri Sabah boleh memohon bantuan menerusi Bantuan Industri Kecil Sederhana Sabah (BAIKS) menerusi Department of Industrial Development and Research (DIDR).

DIDR merupakan agensi di bawah Kerajaan Negeri Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1977 melalui arahan kabinet negeri dan diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pembangunan Perindustrian (KPP). 

Salah satu bantuan yang ditawarkan menerusi agensi ini adalah BAIKS untuk merangsang pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana di Negeri Sabah.

Program ini diwujudkan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan Industri Kecil dan Sederhana di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

Permohonan bantuan ini telah dibuka dan akan ditutup pada 20 Julai 2022.

Bantuan Ditawarkan

Bantuan yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • Mesin dan peralatan
  • Pembungkusan
  • E-dagang/digital
  • Francais

Jenis Perniagaan

Jenis perniagaan yang layak memohon adalah seperti berikut:

  1. Semua syarikat Industri Kecil dan Sederhana dalam sektor pembuatan yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan.
  2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.
  3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.
  4. Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Industri Kecil dan Sederhana dari sektor pembuatan.
  2. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  3. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
  4. Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
  5. Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
  6. Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
  7. Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://smedidr.com.my/.
  2. Klik butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  5. Klik ‘Mohon BAIKS.’
  6. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai BAIKS, sila layari laman web https://smedidr.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.