Advertisements

Permohonan Geran Impak Sosial Yayasan TM RM1.5 juta

Yayasan TM mengalu-alukan pihak yang ingin melaksanakan projek pendidikan, komuniti dan pembangunan negara dan pelancongan, budaya dan warisan untuk memohon Geran Impak Sosial Yayasan TM.

Geran Impak Sosial Yayasan TM diwujudkan bagi menawarkan pihak yang berhasrat menyokong teras Yayasan TM pendidikan, komuniti dan pembangunan negara dan pelancongan, budaya dan warisan menerusi projek yang dijalankan.

Dana yang tersedia bagi geran ini adalah sebanyak RM1.5 juta melaksanakan 2 kategori geran yang disediakan.

Kategori Pembiayaan

Kategori pembiayaan yang ditawarkan menerusi pemberian geran ini adalah seperti berikut:

  • Geran Impak Sosial Emas YTM: Bertujuan untuk projek jangka sederhana (sehingga 1 tahun) dengan kadar pembiayaan dari RM100,000 – RM250,000.
  • Geran Impak Sosial Perak YTM: Bertujuan untuk projek jangka pendek (3 hingga 6 bulan) dengan kadar pembiayaan dari RM50,000 – RM100,000.

Bidang Tumpuan

Bidang tumpuan yang disasarkan menerusi geran ini adalah seperti berikut:

i) Pendidikan

  • Pendidikan: Pendidikan berkualiti kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
  • Kemahiran dan literasi digital
  • Pengurangan isu kerentanan dan sosial dalam kalangan pelajar.

ii) Komoniti dan Pembangunan Negara

  • Kesiapsiagaan dan pemilihan bencana
  • Kehidupan yang mampan
  • Kesejahteraan kesihatan dan mental

iii) Pelancongan, budaya, dan warisan

  • Seni dan industri kreatif
  • Pemeliharaan warisan

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara permohonan berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/ytmgrantbm.html.
  2. Klik butang ‘Permohonan Geran Impak Sosial YTM.’
  3. Isi semua maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil pendaftaran ROS, ROC, atau badan pendaftaran yang berkaitan.
  2. Akaun kewangan yang telah diaudit dan/atau laporan aktiviti/program semasa sepanjang 1 tahun lalu.
  3. Akaun kewangan yang telah diaudit untuk tempoh semasa 2 tahun.
  4. Borang Permohonan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Geran Impak Sosial Yayasan TM, sila layari laman web https://www.tm.com.my/yayasantm/Pages/ytmgrantbm.html.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.