Peneroka FELDA yang telah memiliki geran lot rumah daripada pejabat tanah kini boleh membina kediaman pada harga yang berpatutan menerusi program Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA.
Program Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA dikendalikan sepenuhnya oleh FIC Supplies Sdn Bhd yang merupakan syarikat cabang pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.
Tujuan program ni diperkenalkan adalah untuk memberi peluang kepada generasi baharu FELDA yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan rumah impian sendiri, dan selesa untuk didiami bersama keluarga.
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang permohonan yang disediakan.
Kategori Rumah
Kategori rumah yang ditawarkan kepada pemohon adalah seperti berikut:
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan rumah ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon berumur 18 hingga 70 tahun.
- Tempoh pembiayaan maksima sehingga 35 tahun atau sehingga had umur pemohon berusia 70 tahun pada tarikh matang tempoh kemudahan pembiayaan (mana-mana yang terdahulu).
- Bekerja sendiri atau berpendapatan minimum RM1,000 sebulan.
- Pembelian rumah pertama dan untuk kediaman sendiri.
- Pemohon tidak diisytiharkan bangkrap.
- Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi cara-cara berikut:
- Klik link berikut https://drive.google.com/drive/folders/1V_hJPVMzLxtGtNfN8Vh5FZ6uWrQIBlQt?fbclid=IwAR1TsIHdB2M4oIp9YLC3DgEQ4Bx9j9pjcBLRuLeC_qdmsCsru8eIYmchL8E.
- Muat turun borang permohonan.
- Isi borang permohonan terbabit.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen tersebut ke alamat:
FIC Supplies Sdn Bhd
Aras 4, Balai Felda,
Jalan Gurney 1,
54000 Kuala Lumpur.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- MyKad.
- Salinan geran individu.
- Bagi bekerja sendiri/ahli perniagaan:
– Pendaftaran syarikat/perniagaan
– Pendapatan mesti disahkan oleh Pengurus Rancangan/Penghulu/Pegawai Kerajaan kategori A.
– Penyata bank 6 bulan terkini. - Bagi berpendapatan tetap:
– Slip gaji 3 bulan terkini
– Surat pengesahan majikan
– Penyata bank 3 bulan terkini
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Lot Kediaman Generasi Baharu FELDA, sila hubungi Pn Mas Suri di talian 010-2321037.