Advertisements

Bantuan Kewangan SME Corp Usahawan PKS Mikro Terjejas Banjir

Tahukah anda bahawa SME Corp menyediakan beberapa bantuan kewangan kepada usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan mikro yang terjejas akibat banjir?

Untuk makluman, pihak SME Corp telah menyediakan 3 bantuan kewangan bagi membantu PKS mikro yang terjejas akibat banjir iaitu:

  • Program Dana Kecemasan PKS (SME Emergency Fund, SMEEF)
  • Pembiayaan Pengukuhan PKS (SME Revitalisation Financing, SMERF)
  • Program Pembiayaan Digital PMKS

Kesemua bantuan kewangan ini diwujudkan bagi membantu usahawan PKS mikro bangkit kembali dalam menjalankan perniagaan mereka selepas diuji dengan bencana banjir.

Program Dana Kecemasan PKS

Program Dana Kecemasan PKS diperkenalkan bagi membantu PKS yang terjejas perniagaan mereka akibat bencana alam seperti banjir, ribut, kemarau, hakisan pantai, dan tanah runtuh.

Pinjaman dana ini adalah bermula daripada RM50,000 sehingga maksimum RM100,000 bagi tempoh 5 tahun.

Pembiayaan dana ini adalah untuk melaksanakan perkara berikut:

  • Pembiayaan mesin dan kelengkapan.
  • Pembaikan pulis premis.
  • Keperluan modal kerja seperti pembelian bahan mentah dan dan bahan guna pakai.

Pembiayaan Pengukuhan PKS

Pembiayaan Pengukuhan PKS dilaksanakan bagi membantu PKS terutamanya sektor yang terjejas dengan COVID-19 dan juga terbuka kepada mereka yang terkesan dengan banjir.

Untuk pembiayaan ini, pemohon boleh membuat pinjaman bermula daripada RM50,000 sehingga maksimum RM250,000 dengan kadar faedah sebanyak 3% bagi tempoh 7 tahun.

Pembiayaan ini boleh digunakan bagi pembelian aset dan keperluan modal kerja.

Program Pembiayaan Digital PMKS

Program Pembiayaan Digital PMKS diperkenalkan bagi memberi akses pembiayaan kepada PKS sebagai penyelesaian jangka pendek melalui platform digital.

Nilai pinjaman bermula daripada RM50,000 sehingga RM500,000 dengan kadar faedah 2% selama maksiumum 36 bulan.

Pembiayaan ini ditawarkan bagi keperluan modal kerja dan aktiviti peningkatan keupayaan.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon pembiayaan di atas adalah seperti berikut:

i) Program Dana Kecemasan PKS

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pejabat Daerah (Sabah dan Sarawak), atau badan bertauliah bagi penyedia perkhidmatan profesional.
  2. Mempunyai lesen premis yang sah.
  3. Menyediakan bukti mengalami bencana alam melalui surat yang dikeluarkan oleh pejabat daerah atau salinan laporan polis.
  4. Beroperasi dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan bencana oleh Majlis Keselamatan Negara atau pejabat daerah.

ii) Pembiayaan Pengukuhan PKS

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Pejabat Daerah (Sabah dan Sarawak), atau badan bertauliah bagi penyedia perkhidmatan profesional.
  2. Mempunyai lesen perniagaan yang berkaitan.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham dipegang oleh rakyat Malaysia.
  4. Perniagaan telah beroperasi lebih dari 6 bulan.

iii) Program Pembiayaan Digital PMKS

  1. Mempunyai status PKS.
  2. Mempunyai lesen perniagaan yang berkaitan.
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya 60% ekuiti saham dipegang oleh rakyat Malaysia.
  4. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan dan mempunyai penyata bank selama 6 bulan.
  5. Bersedia melalui penilaian SCORE/MCORE.

Cara Memohon

Untuk memohon, usahawan PKS mikro boleh membuat permohonan melalui pejabat SME Corp yang berhampiran.

Lokasi ejabat SME Corp boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/contact-info.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SME Corp di pautan https://www.smecorp.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.