Advertisements

Permohonan Biasiswa Kerajaan Turki 2022

Bagi individu yang berminat untuk menyambung pengajian di Negera Turki, Kerajaan Negera Turki telah membuka permohonan bagi mereka yang berminat menerusi Biasiswa Turki 2022.

Biasiswa Turki ialah program biasiswa yang dibiayai kerajaan Negara Turki dan dianugerahkan kepada pelajar dan penyelidik cemerlang untuk mengikuti program sepenuh masa atau jangka pendek di universiti terkemuka di Turki.

Tujuan Biasiswa Turki diperkenalkan adalah untuk membina rangkaian pemimpin masa depan yang komited untuk mengukuhkan kerjasama antara negara dan meningkatkan persefahaman bersama dalam kalangan masyarakat.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 10 Januari sehingga 22 Februari 2022 secara atas talian.

Manfaat Biasiswa

Pelajar yang layak menerima biasiswa bukan sahaja menerima bantuan kewangan, yuran pengajian, penginapan dan insurans kesihatan tetapi juga pelajar akan mendapat penempatan di universiti dan kemudahan akademik, sosial dan budaya di semua peringkat pendidikan tinggi di negara tersebut.

Peringkat Pengajian

Biasiswa ini ditawarkan bagi individu yang melanjutkan pengajian di peringkat:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Kedoktoran

Cara Membuat Permohonan

Bgai individu yang berminat untuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.turkiyeburslari.gov.tr/announcements/turkiye-scholarships-2022-applications-19.
  2. Klik bahagian ‘Apply Now’ dan klik bahagian ‘Register.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Save.’
  4. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Pilih universiti dan program yang diinginkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Dokumen pengenalan diri, kad pengenalan atau pasport yang sah.
  • Gambar calon yang diambil dalam tempoh 1 tahun lepas.
  • Keputusan peperiksaan kebangsaan (jika ada).
  • Diploma atau sijil tamat pengajian sementara.
  • Transkrip akademik.
  • Keputusan peperiksaan antarabangsa (GRE, GMAT, SAT, dan lain-lain) jika diperlukan oleh universiti atau program yang dipilih.
  • Keputusan ujian bahasa antarabangsa seperti TOEFL, DELF jika diperlukan oleh universiti atau program yang dipilih.
  • Cadangan topik penyelidikan dan contoh bertulis penyelidikan yang telah dijalankan (hanya untuk permohonan PhD)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web iaitu https://www.turkiyeburslari.gov.tr/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.