Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah membuka permohonan kepada individu atau pihak yang terlibat bagi mendapatkan geran pembiayaan pemfailan harta intelek menerusi Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0).
Program Dana IP 2.0 adalah geran pembiayaan pemfailan harta intelek yang disediakan oleh Kerajaan bermula dari tahun 2022 sehingga 2025 bagi menggalakkan inovasi dan menggalakkan pemfailan harta Intelek dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, geran pembiayaan ini juga diwujudkan untuk meningkatkan daya saing usahawan tempatan dengan memberikan perlindungan harta intelek seterusnya merangsangkan ekonomi negara.
Oleh itu, permohonan bagi geran pembiayaan ini dibuka mulai dari Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Skop Pembiayaan
Pembiayaan Dana IP 2.0 adalah merangkumi pembiayaan berikut:
- Fi rasmi pemfailan harta intelek kepada MyIPO
- Kos carian dan penderafan oleh ejen paten yang dilantik oleh MyIPO (bagi permohonan paten / UI)
Dana yang akan diberikan kepada pemohon yang berjaya dalam bentuk baucer dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.
Jenis Harta Intelek
Jenis harta intelek yang boleh dipohon menerusi geran pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Cap Dagangan
- Paten/Perbaharuan Utiliti (UI)
- Reka Bentuk Perindustrian
- Hak Cipta
- Petunjuk Geografi
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi individu atau pihak yang ingin memohon geran pembiayaan ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas
- Permohonan terbuka kepada:
– Individu.
– Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Milikan Tunggal/Perkongsian.
– Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Agensi/Kementerian.
– Pelajar Kolej/Institusi Kemahiran/Politeknik/Institusi Pengajian Tinggi Tempatan dan setaraf.
– Pelajar Sekolah Rendah / Menengah (Permohonan adalah di bawah nama pihak sekolah) - Pemohon hanya layak memohon 1 dana sahaja dalam setahun kalendar untuk permohonan pemfailan bagi salah satu komponen Harta Intelek berikut:
– Cap Dagangan.
– Paten.
– Reka Bentuk Perindustrian.
– Hak Cipta.
Cara Memohon
Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan menerusi kaedah berikut:
i) Secara Atas Talian
- Layari pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe8ewwMV3OGlbQBUGOfbcJ9FL9S_-q1R2aSQVX_8Bmt_ogtUg/viewform.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
ii) Secara Manual
- Muat turun borang permohonan mengikut harta intelek yang ditetapkan:
a) Cap Dagangan
– Borang Permohonan Dana IP 2.0
– Borang TMA1 – Borang permohonan dan carian awal
b) Paten/Perbaharuan Utiliti (UI)
– Borang Permohonan Dana IP 2.0
– Contoh pengisian Borang Permohonan Dana IP 2.0 (paten/UI)
c) Hak Cipta
– Borang Permohonan Dana IP 2.0
– Borang CR 1 (Pemberitahuan Karya) atau CR 2 (Pemberitahuan Karya Terbitan) dan CR 5.
d) Reka Bentuk Perindustrian
– Borang Permohonan Dana IP 2.0
– Borang ID 1 – Borang permohonan reka bentuk perindustrian
– Pandangan perspektif/hadapan/belakang/pandangan sisi/atas/bawah.
2. Isi borang tersebuat dengan lengkap dan betul.
3. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi kepada alamat berikut:
Urus Setia Dana Pemfailan Harta Intelek (Dana IP 2.0)
Bahagian Pembangunan Perniagaan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Aras 12, Tower B, Menara UOA Bangsar
No. 5, Jalan Bangsar Utama 1
59000 Kuala Lumpur
4. Pemohon juga boleh menghantar borang permohonan ke Pejabat Cawangan MyIPO yang berdekatan seperti dalam pautan https://www.myipo.gov.my/ms/hubungi-kami/?lang=ms.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung Dana IP 2.0, sila hantar email ke [email protected] atau menghubungi pegawai berikut:
- En. Azri Roslan: 03-2299 8560
- Pn. Nor Shafiza Md Isa: 03-2299 8589
- Cik Nur Ain Nabila Rahim: 03-2299 8526