Advertisements

Portal Bantuan Banjir: Laman Web Senarai & Maklumat Bantuan Banjir

Advertisements

Untuk makluman, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan telah memperkenalkan satu laman web iaitu Portal Bantuan Banjir, khusus bagi memberikan senarai dan maklumat kepada orang ramai mengenai bantuan-bantuan yang boleh diperoleh mangsa banjir.

Menurut Menter Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, maklumat dan senarai penuh bantuan kerajaan di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia seperti Bantuan Wang Ihsan (BWI) dan bantuan-bantuan lain tersedia di bawah portal berkenaan.

Tujuan Portal Bantuan Banjir ini diperkenalkan adalah untuk memudahkan mangsa banjir mendapatkan maklumat dan senarai bantuan banjir yang disediakan oleh kerajaan dengan hanya satu laman sesawang.

Menurut beliau lagi, peruntukan bagi pelaksanaan bantuan-bantuan tersebut mencecah RM1.4 bilion sudah diperuntukkan bagi mangsa banjir yang terlibat.

Ini bermakna, seorang mangsa banjir boleh memperoleh bantuan boleh mencecah RM61,000 bagi bantuan-bantuan yang diumumkan oleh kerajaan tersebut.

Jenis Bantuan

Terdapat 3 jenis Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu:

  • Bantuan Tunai
  • Pembiayaan
  • Bantuan Komuniti

Bantuan Tunai

Kerajaan serta agensi-agensi kerajaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan tunai kepada mangsa banjir yang layak.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Pemberian ini dijangka dapat mengurangkan bebanan keluarga yang terlibat dalam banjir bagi memulakan semula kehidupan mereka.

Senarai bantuan menerusi bantuan tunai adalah:

Bantuan Pembiayaan

Pelbagai pembiayaan pada kadar 0% dan moratorium sehingga 6 bulan telah disediakan bagi mangsa-mangsa banjir bagi memulihkan kehidupan mereka.

Senarai bantuan pembiayaan yang disediakan kerajaan adalah seperti berikut:

Bantuan Komuniti

Bantuan komuniti adalah penyediaan bantuan keperluan asas serta tenaga kerja tambahan oleh kerajaan dan agensi-agensinya bagi kerja-kerja pemulihan banjir.

Senarai bantuan komuniti yang telah diumumkan oleh kerajaan adalah:

  • Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GDRN).
  • Penambahan sumber manusia bagi kerja-kerja pemulihan.
  • Pembersihan dan pembaikan rumah sebanyak RM5,000.
  • Pembaikan semula rumah yang mengalami kerosakan serius sebanyak RM56,000.

Pautan Portal

Untuk maklumat terperinci mengenai senarai dan maklumat Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila layari Portal Bantuan Banjir iaitu https://bantuanbanjir.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.