Advertisements

Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022

Advertisements

Bagi ibu tunggal di Negeri Melaka, Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka 2022.

Untuk makluman, bantuan khas ini disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan beban ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah bagi menghadapi alam persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Oleh itu, pemberian bantuan khas ini diharap mampu meringankan beban ibu tunggal di Negeri Melaka dan dapat memastikan anak mereka meneruskan sesi persekolahan dengan baik.

Sehubungan dengan itu, permohon yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di lokasi yang terpilih bermula 19 Januari 2022.

Kategori Pemohon

Ketagori pemohon yang layak untuk memohon bantuan khas ini adalah perempuan (warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori:

  1. Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan; atau
  2. Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) atau tidak berkemampuan untuk bekerja (banduan); atau
  3. Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka.
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal.
  3. Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1,169.00 atau RM310.00 per-kapita.
  4. Mempunyai tanggungan berusia 17 tahun dan ke bawah serta masih bersekolah.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin membbuat permohonan boleh mengisi borang permohonan yang disediakan di tempat berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka, Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
  • Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM, Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka.
  • Kompleks-Kompleks JAPERUN berdekatan. Maklumat Kompleks JAPERUN boleh dirujuk melalui pautan https://www.melaka.gov.my/ms/kerajaan/lain-lain/japerun

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka, sila hubungi Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka di talian 06-231 0334.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.