Advertisements

Mentor JUMPER PUNB: Permohonan Pembimbing Usahawan Muda

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa syarikat-syarikat tempatan yang berminat dan berkelayakan untuk menjadi pembimbing atau mentor bagi Program JUMPER PUNB.

Untuk makluman, Program JUMPER PUNB adalah program yang diwujudkan bagi menyediakan platform latihan dan bimbingan kepada usahawan muda dalam bidang perniagaan.

Olehj itu, pihak PUNB sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi mentor bagi melaksanakan program ini dan keutamaan diberi pada syarikat bumiputera yang berminat.

Permohonan menjadi mentor JUMPER PUNB ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 30 Jun 2021.

Kelebihan Menjadi Mentor

Terdapat beberapa kelebihan syarikat-syarikat yang terpilih menjadi mentor bagi Program JUMPER PUNB ini iaitu:

  1. Berpeluang mengembangkan perniagaan sedia ada melalui perniagaan berkonsep.
  2. Berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan perniagaan di bawah PUNB.
  3. Menjadi rakan strategik melalui pelbagai program jaringan perniagaan PUNB.
  4. Mendapat bimbingan dan latihan keusahawan daripada PUNB.

Syarat Permohonan

Syarikat yang berminat menjadi mentor perlu memenuhi syarat permohonan seperti berikut:

  1. Perniagaan telah beroperasi minima 3 tahun dengan rekod perniagaan yang lengkap.
  2. Perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan sedia ada atau perniagaan ke arah berkonsep.
  3. Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa.
  4. Mempunyai modul pembelajaran yang praktikal dan efektif kepada JUMPER PUNB.
  5. Perniagaan dimiliki dan diterajui oleh bumiputera dengan pegangan ekuiti sekurang-kurangnya 70%.
  6. Bersedia menerima dan melatih graduan bumiputera tentang selok belok dunia perniagaan.
  7. Mestilah komited dan sanggup mengikuti program atau latihan yang disediakan oleh PUNB.
  8. Syarikat mempunyai portfolio kepakaran atau kemahiran dalam bidang tertentu dalam membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada JUMPER PUNB.
  9. Syarikat pernah menyertai mana-mana program keusahawanan kendalian dari lain-lain agensi.
  10. Syarikat tersebut merupakan mentor dalam industri runcit, pengedaran dan pembuatan/PKS.

Cara Memohon

Untuk memohon menjadi mentor, sila ikuti langkah-langkah berikut untuk membuat permohonan:

  1. Layari pautan https://www.surveymonkey.com/r/konsep.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Next.’
  3. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  4. Dokumen yang dimuat naik perlu dalam format PDF/ DOC/ DOCX/PNG/ JPG/ JPEG/ GIF dan saiz tidak melebihi 16 MB. 
  5. Setelah selesai, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik dalam borang permohonan iaitu:

  1. Rancangan Modul/Kaedah Latihan (relevan dengan situasi semasa pandemik Covid-19).
  2. Profil Syarikat.
  3. Laporan Pengurusan Akaun Syarikat/Penyata Kewangan. Beraudit pada tahun 2020 (jika ada). 
  4. Penyata Akaun Bank untuk 6 bulan terkini.  
  5. Cadangan Konsep Niaga (jika ada).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan mentor JUMPER PUNB, sila hubungi urusetia berikut:

  • Encik Amirul: 03 – 2785 1417
  • Puan Raha: 03-2785 1413
  • Cik Aina: 03-2785 1908

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.