Pelajar-pelajar tahun pertama atau tahun kedua yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di Universiti Awam bagi tahun 2031, permohonan bagi Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2023 akan dibuka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa permohonan Biasiswa ISMP Tahun 2023 akan dibuka bermula 24 Mac 2023 pada jam 5.00 petang sehingga 21 April 2023 pada jam 5.00 petang.
Untuk makluman, Biasiswa ISMP diwujudkan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan berkelayakan bagi dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah KPM berdasarkan keperluan bidang KPM.
Selepas tamat pengajian, pelajar terbabit perlu lulus dalam proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat dengan KPM selama 4 tahun sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dengan syarat pelajar tamat dalam tempoh yang ditetapkan.
Senarai Elaun
Pelajar yang berjaya memperoleh Biasiswa ISMP Tahun 2023 layak menerima elaun berikut:
Bidang Yang Ditawarkan
Pelajar dalam bidang tersebut layak untuk memohon Biasiswa ISMP Tahun 2023:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Khas
- Dini
- Matematik
- Sejarah
- Geografi
- Reka bentuk dan Teknologi
- Bimbingan dan Kaunseling
- Teknologi Elektrik dan Elektronik
- Teknologi Automotif
Syarat Permohonan Biasiswa ISMP
Pemohon yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Umur pemohon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2021 (tahun permohonan).
- Pemohon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon.
- Bagi pemohon dalam Bidang Bahasa Inggeris/TESL/TESOL, pemohon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
- Bagi pemohon dalam Bidang Dini dan Bidang Tahfiz, pemohon perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Sijil Menengah Agama (SMA)/Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
- Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga.
- Pemohon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.
Cara Memohon Biasiswa ISMP
Untuk memohon Biasiswa ISMP, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
- Daftar no kad pengenalan dan kata laluan pada tab ‘Permohonan Baru.’
- Klik butang ‘Masuk.’
- Lengkapkan semua maklukan yang mempunyai tanda *.
- Klik butang ‘Simpan’ bagi ke halaman seterusnya.
- Untuk perakuan, sila tandakan (✓) pada kotak yang disediakan.
- Klik butang ‘Simpan.’
- Klik butang ‘Hantar’ setelah melengkapkan permohonan dan cetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan untuk bukti permohonan.
htera Dikemaskini Dengan Fungsi ‘Sah’ (Blue Tick Verified)
Semakan Keputusan ISMP
Bagi anda yang telah melakukan permohonan bagi biasiswa ISMP 2023 secara dalam talian (eUKCG), keputusan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) boleh disemak melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ mulai 30 Ogos 2023 (Rabu), jam 3:00 petang.
Anda hanya perlu log masuk dengan No. kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan keputusan permohonan anda.
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM di talian 03-8321 7113/ 7138/ 7151/ 7157/ 7159 atau email ke [email protected].