Advertisements

Sambutan Hari Merdeka Ke-66: Tema, Lokasi, dan Senarai Acara

Setiap tahun, negara Malaysia akan meraikan sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos bagi mengenang jasa pemimpin dan pejuang negara yang bersusah payah melawan penjajah bagi mendapatkan kemerdekaan.

Oleh itu, berikut kami kongsikan kepada anda, tema, tarikh dan lokasi sambutan hari kemerdekaan ini, agar kita sama-sama boleh meraikan acara ini, dan seterusnya dapat meningkatkan lagi rasa cinta akan negara dalam diri kita.

Teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara ini.

Tema Hari Merdeka ke-66

Bagi Hari Merdeka ke-66 tema “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” telah dipilih  bagi mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

Tema Hari Merdeka

Sambutan Hari Merdeka

Bagi anda yang ingin menyertai Sambutan Hari Merdeka ke-66 berikut merupakan maklumat yang anda perlu tahu:

  • Lokasi Sambutan : Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Tarikh : 31 Ogos 2023 (Khamis)
  • Waktu : 7:00 pagi

Bagi sambutan peringkat negeri pula anda boleh rujuk pada maklumat di bawah:

  • Perak : Dataran KTM, Ipoh,Perak (31 Ogos 2023)
  • Pahang : Padang Kemunting, Pahang (31 Ogos 2023)
  • Sabah : Padang Bandaran Kota Kinabalu, Sabah (31 Ogos 2023)

Acara Yang Dijalankan

Pelbagai acara yang bakal dijalankan sempena Hari Merdeka ini, antaranya ialah:

  • Perarakan Kereta Antik Oleh Agrobank
  • ARMY RED WARRIOR (Tentera Darat Malaysia)
  • Aksi Terjunan Tepat 69 KOMANDO PDRM VAT69.
  • 36 Kumpulan Pancaragam akan mengiringi Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2023
  • Perarakan Kereta Berhias
  • Perarakan daripada badan berkannun dan unit beruniform

NOTA: Untuk jadual acara yang lebih terperinci sempena bulan kebangsaan ini boleh lihat pada PDF di bawah:

Tempat Letak Kereta, Perkhidmatan Shuttle Bus & LRT

Bagi anda yang bakal bersama meraikan Sambutan Hari Merdeka di Putrajaya pada 31 Ogos 2023 ini, berikut merupakan lokasi tempat letak kereta bagi memudahkan anda untuk mencari tempat parking pada hari kejadian nanti:

parking-kereta

Bagi anda yang bakal menggunakan perkhidmatan awam atau kawasan tempat letak kereta anda jauh daripada acara, anda boleh menggunakan perkhidmatan shuttle bus yang disediakan untuk ke Dewan Putrajaya tersebut.

Untuk maklumat berkenaan perkhidmatan shuttle bus ini boleh lihat pada rajah di bawah:

shuttle-bus

Bagi anda yang akan menggunakan Train bagi ke Dewan Putrajaya, anda boleh memulakan perjalanan anda seawal 4 pagi pada 31 Ogos 2023 di semua stesen LRT, Monorel dan MRT.

Train Hari Merdeka

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan program sambutan Hari Merdeka 2023 seluruh Malaysia, anda juga boleh melayari

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: