Advertisements

Senarai Perdana Menteri (PM) Malaysia Dan Biodata Ringkas

Perdana Menteri atau PM merupakan pemimpin negara dan ketua kerajaan negara Malaysia. Mereka yang menjadi seorang Perdana Menteri bertanggungjawab dalam mengarahkan cabang eksekutif kerajaan persekutuan.

Perlantikan seseorang Perdana Menteri akan dilakukan dengan menjalankan Pilihan Raya Umum, dan parti politik yang memenangi kerusi terbanyak dalam PRU negara akan memilih calon Perdana Menteri dalam kalangan mereka sebelum Yang di-Pertuan Agong melantik calon tersebut secara rasmi.

Sejak kemerdekaan yang diterima oleh rakyat Malaysia, negara ini telah dipimpin oleh sembilan (9) orang Perdana Menteri dan berikut merupakan senarai PM di Malaysia dan maklumat ringkas berkenaan mereka.

Perdana Menteri Malaysia

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan negara yang bertanggungjawab dalam pentadbiran negara Malaysia. Pemilihan PM ini dilakukan melalui undian PRU, di mana parti yang memenangi PRU akan memilih calon mereka.

Calon yang dipilih kemuadiannya akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong bagi merasmikan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Berikut merupakan antara bidang kuasa di bawah seseorang Perdana Menteri:

  1. Menjadi penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.
  2. Menamakan senarai menteri Kabinet untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
  3. Menyelaraskan dan membuat keputusan tentang semua dasar kerajaan.
  4. Menjadi jurucakap dalam hal ehwal antarabangsa dan dalam negara.
  5. Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen apabilasampai tempohnya.
10-PM-Malaysia
Sumber: HASSAN SHAH

Senarai Perdana Menteri Malaysia & Biodata Ringkas

Sebanyak sembilan orang Perdana Menteri telah dilantik dan telah pun menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan daripada Malaysia menerima kemerdekaan sehingga sekarang.

Berikut kami kongsikan kepada anda senarai PM yang telah dan sedang berbakti kepada negara kita:

1. Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

Tunku Abdul Rahman merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau telah dilantik menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 dan pada 1957 beliau dilantik menjadi PM sehingga tahun 1970.

Beliau juga merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menyelia proses kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan atas sebab inilah beliau mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Berikut merupakan serba sedikit maklumat atau biodata ringkas berkenaan Perdana Menteri Pertama kita i:

  • Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
  • Tarikh Lahir : 8 Februari 1903
  • Tarikh Meninggal Dunia : 6 Disember 1990
  • Negeri Kelahiran : Alor Setar, Kedah
  • Isteri :
    1. Mariam
    2. Violet Coulson
    3. Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
  • Anak :
    1. Tunku Ahmad Nerang Putra
    2. Tunku Khadijah
    3. Tunku Noor Hayati
    4. Tunku Mastura
    5. Faridah (Anak angkat)
    6. Sulaiman (Anak angkat)
    7. Mariam (Anak angkat)

2. Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 ialah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Beliau telah dipilih menjadi PM Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman pada September 1970, dan telah berkhidmat pada negara selama 6 tahun.

Gelaran Bapa Pembangunan negara telah diberikan kepada beliau kerana beliau telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama.

Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato’ Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Sir Onn.

  • Nama : Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein
  • Tarikh Lahir : 11 Mac 1922
  • Tarikh Meninggal Dunia : 14 Januari 1976
  • Negeri Kelahiran : Pekan, Pahang
  • Isteri : Tun Hajah Rahah binti Mohamed Noah
  • Anak:
    1. Mohd Najib bin Abdul Razak (Perdana Menteri Ke-6)
    2. Datuk Ahmad Johari Razak
    3. Mohamed Nizam
    4. Mohamed Nazim
    5. Mohamed Nazir

3. Tun Hussein Onn (1976-1981)

Tun Hussein Onn telah menggantikan tempat Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang telah meninggal dunia sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 14 Januari 1976 dan menang bertanding sebagai Presiden UMNO.

Perjuangan utama dalam karier politik Tun Hussein Onn ialah menerapkan isu perpaduan dengan menjadikan ia agenda utama dalam dasar kerajaan. Isu perpaduan menjadi prasyarat utama dalam kemajuan Malaysia dan menjadi topik utama di dalam setiap ucapan beliau.

Tun Hussein Onn dikenali dengan usaha beliau dalam menekankan isu-isu perpaduan kaum melalui dasar-dasar yang bertujuan untuk mengatasi ketidakseimbangan ekonomi di antara kaum-kaum di Malaysia.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-3 kita ini:

  • Nama : Tun Hussein bin Dato’ Onn
  • Tarikh Lahir : 12 Februari 1922
  • Tarikh Meninggal Dunia : 29 Mei 1990
  • Negeri Kelahiran : Johor Bahru
  • Isteri : Tun Suhailah binti Mohamed Noah
  • Anak:
    • Datin Roquaiya Hanim Hussein
    • Hishammuddin Hussein
    • Suraiya Hani Hussein
    • Harris Onn Hussein
    • Rozita Halina Hussein
    • Rodziah Hanis

*NOTA: Isteri kepada PM ke-3 merupakan adik kepada isteri PM ke-2 menjadikan anak mereka sepupu.

4. Tun Dr. Mahathir (1981-2003 & 2018-2020)

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang memegang jawatan ini sebanyak dua kali pada waktu yang berbeza. Beliau telah menjadi PM buat kali pertama pada 1981 sehingga tahun 2003.

Pada Mei 2018, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sekali lagi kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet.

Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota kabinetnya sendiri berikutan peristiwa Langkah Sheraton.

Pada masa peletakan jawatannya, beliau adalah pemimpin negara yang paling lama berkhidmat di dunia.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-4 dan ke-7 kita ini:

  • Nama : Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
  • Tarikh Lahir : 10 Julai 1925
  • Usia : 98 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Alor Setar, Kedah
  • Isteri : Tun Dr. Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali
  • Anak:
  • Marina Mahathir
  • Mirzan Mahathir
  • Mokhzani Mahathir
  • Mukhriz Mahathir
  • Melinda Mahathir (Anak Angkat)
  • Mazhar Mahathir (Anak Angkat)
  • Maizura Mahathir (Anak Angkat)

5. Tun Abdullah (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau telah berkhidmat selama 6 tahun iaitu daripada 2003 sehingga 2006.

Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah, merupakan presiden UMNO yang merupakan parti politik terbesar pada waktu itu dan mengetuai gabungan parlimen Barisan Nasional yang memerintah.

Beliau telah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO, pada  10 Julai 2008 dan telah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia  Jun 2009 dan menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Najib Razak (Perdana Menteri ke-6).

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-5 kita ini:

  • Nama : Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
  • Tarikh Lahir : 26 November 1939
  • Usia : 84 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Bayan Lepas, Pulau Pinang
  • Isteri :
    • Tun Endon Mahmood
    • Tun Jeanne Abdullah 
  • Anak:
    • Kamaluddin Abdullah
    • Nori Abdullah

6. Dato’ Sri Najib Razak (2009-2018)

Dato’ Sri Najib yang merupakan Bapa Transformasi negara, merupakan Perdana Menteri ke-6 Malaysia, dan beliau telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia dari April 2009 hingga Mei 2018 iaitu selama 9 Tahun.

PM ke-6 ini merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Tun Abdul Razak. Beliau juga berasal dari parti Barisan Nasional dan telah memegang jawatan Presiden UMNO dari 2008 sehingga Mei 2018.

Pada 9 Mei 2018, beliau telah gagal mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam PRU ke-14, dan antara sebab utama kejatuhan BN dalam PRU ke 14 adalah skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Dato’ Sri Najib Razak ini.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-6 kita ini:

  • Nama : Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
  • Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
  • Usia : 70 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
  • Isteri :
    • Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar
    • Rosmah Mansor
  • Anak:
  • Nooryana Najwa Najib
  • Mohd Nizar Najib
  • Puteri Norlisa Najib
  • Norashman Najib

7. Tan Sri Muhyiddin Yasin (2020-2021)

Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, merupakan PM yang dilantik tanpa PRU setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Beliau dilantik sebagai PM di tengah-tengah krisis politik dan berkhidmat selama 17 bulan dan meletak jawatan selepas kehilangan sokongan parlimen, menjadikannya perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi dalam dewan perundangan, iaitu di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor dalam masa yang sama.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-3 kita ini:

  • Nama : Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
  • Tarikh Lahir : 15 Mei 1947
  • Usia : 76 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Muar, Johor
  • Isteri : Noorainee Abdul Rahman
  • Anak:
    • Najwa Mahiaddin
    • Fakhri Yassin Mahiaddin
    • Farhan Yassin Mahiaddin
    • Nabilah Mahiaddin

8. Dato Sri Ismail Sabri (2021-2022)

Perdana Menteri Malaysia ke-9, ialah Dato’ Sri Ismail Sabri. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Dewan Rakyat.

PM ke-9 ini telah berkhidmat pada negara bermula daripada Ogos 2021 hingga November 2022 berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri sebelumnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau juga merupakan satu-satunya PM Malaysia yang lahir selepas tahun kemerdekaan, 1957.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-3 kita ini:

  • Nama : Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
  • Tarikh Lahir : 18 Januari 1960
  • Usia : 63 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Temerloh, Pahang
  • Isteri : Muhaini Zainal Abidin
  • Anak :
    • Nina Sabrina
    • Gadaffi
    • Nashriq
    • Iqbal

9. Dato Sri Anwar Ibrahim (2022-kini)

Perdana Menteri terakhir yang bakal kami perkenalkan ini, merupakan PM yang baru sahaja mula berkhidmat sebagai PM bermula tahun 2022. Beliau merupakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, iaitu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof.

Berikut merupakan biodata ringkas berkenaan PM ke-3 kita ini:

  • Nama : Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
  • Tarikh Lahir : 10 Ogos 1947
  • Usia : 76 Tahun
  • Negeri Kelahiran : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Isteri : Wan Azizah Wan Ismail
  • Anak:
    • Nurul Izzah Anwar
    • Muhamad Ihsan Anwar
    • Nurul Nuha Anwar
    • Nurul Ilham Anwar
    • Nurul Hana Anwar

Berikut merupakan ke semua Perdana Menteri Malaysia yang pernah berkhidmat dan sedang berkhidmat kepada Malaysia. Diharapkan dengan pimpinan mereka dan bakal pemimpin yang akan datang, negara kita akan terus maju kedepan.

Baca juga: Sambutan Hari Merdeka Ke-66: Tema, Lokasi, dan Senarai Acara

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.