Pentaksiran Bilik Darjah atau PBD merupakan pentaksiran berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.
Pentaksiran ini telah diwujudkan oleh KPM susulan pemansuhan peperiksaan wajib seperti UPSR dan PMR bagi mengenal pasti tahap pemahaman pelajar pada akhir persekolahan mereka.
Berikut merupakan penerangan berkenaan Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lagi tentan hal ini.
Pentaksiran Bilik Darjah
Pentaksiran bilik darjah (PBD) atau sebelum ini dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu proses pengumpulan maklumat yang membantu guru mengesan tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran mereka.
Pentaksiran ini dilakukan sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran dan ia bukanlah digunakan untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam sesuatu pembelajaran.
Maklumat yang terkumpul daripada pentaksiran yang dilakukan ini akan digunakan oleh para guru untuk merancang tindakan susulan bagi membantu perkembangan pembelajaran murid.
PBD ini dilaksanakan dengan tiga (3) kaedah melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru:
- Pemerhatian
- Penulisan
- Lisan
Objektif PBD
PBD ini dilakukan bagi mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran
murid di samping memberi maklum balas tentang pengajaran guru. Oleh itu, objektif pentaksiran ini boleh dilihat daripada dua aspek iaitu:
- Aspek Guru
- Mengesan pengetahuan sedia ada murid
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa
- Mengetahui keberkesanan PdP
- Merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
- Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
- Aspek Pelajar
- Mengesan perkembangan diri
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
- Meningkatkan pencapaian pembelajaran
Kepentingan PBD
PBD ini sangat penting kerana dengan adanya pentaksiran jenis ini ia dapat:
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
- Mengetahui keberkesanan pengajaran
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta
Cara Pelaksanaan
Berikut merupakan cara pelakanaan PBS atau dikenali juga sebaga PBD:
- Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran
- Melaksanakan PdP dan Pentaksiran
- Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
- Membincangkan sama ada Tahap Penguasaan (TP) perlu dipertingkatkan
- Melapor Tahap Penguasaan Murid
Tahan Penguasaan (TP1-TP6)
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pernyataan
pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran.
Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
ditetapkan dalam kurikulum.
Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor dan
afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam Standard Prestasi
- Tahap Penguasaan (TP) 1
- Tahap penguasaan pertama merupakan tahap paling rendah dalam PBD, di mana pada tahap ini pelajar mula tahu akan perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau dapat memberi respon terhadap perkara asas.
- Tahap Penguasaan (TP) 2
- Pada TP 2 ini pelajar mula menunjukkan kefahaman mereka dan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi
- Tahap Penguasaan (TP) 3
- Pada tahap ketiga, pelajar sudah tahu, faham dan sudah boleh melaksanakan tugas. Pelajar akan menggunakan pengetuah yang mereka miliki untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
- Tahap Penguasaan (TP) 4
- Pada TP 4 ini pelajar sudah boleh melakukan semua perkara yang perlu dilakukan pada tahap sebelumnya, namun kali ini ditambah dengan adab baik. Pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
- Tahap Penguasaan (TP) 5
- Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji. Pada tahap ini pelajar menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
- Tahap Penguasaan (TP) 6
- Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali. Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
Cara Pelaporan PBD
Bagi guru yang ditugaskan untuk melaksanakan PBD ini, laporan perkembangan pelajar harus dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Microsoft Excel yang digunakan secara luar talian.
Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada pelajar dan ibu bapa mereka sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Berikut merupakan contoh templat pelaporan bagi sesuatu mata pelajaran.
Bagi sekolah yang menjalankan perekodan dan pelaporan PBD secara luar talian, anda boleh memperoleh template di :
- Templat Perekodan dan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah Bagi Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 Secara Luar Talian (335 KB)
- Pelaporan Luar Talian (2.80 MB)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia atau anda boleh baca panduan PBD yang disediakan di bawah: