Pada 7 Ogos 2023, Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil telah mengumumkan berkenaan Pakej 5G RAHMAH, Pembelian telefon pada harga RM240, dan Insentif Postpaid RAHMAH buat Penjawat Awam di laman sosial media beliau.
Lima syarikat telco di Malaysia, iaitu CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd , Telekom Malaysia Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd telah pun menyatakan sokongan ke atas rangka kerja Ekonomi MADANI yang membabitkan ketersambungan dan peranti mampu milik ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pakej rahmah ini, teruskan membaca sehingga ke penghujung artikel ini.
Apa itu Pakej 5G Rahmah?
Pakej 5G Rahmah ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia (KDD) dalam memastikan ketersambungan internet ini dapat dimiliki oleh semua rakyat tidak kira taraf hidup mereka dan dalam sama membantu dalam mengurangkan beban hidup rakyat.
Pakej 5g Rahmah ini merupakan pakej telefon pintar 5G dengan pelan data, di mana telefon pintar tersebut akan dijual dengan harga serendah RM240 dan pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60 sebulan.
Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan telefon pintar model Samsung A14 atau Honor Lite 90 dengan harga tersebut. Bagi 100,000 pembeli terawal, anda akan mendapat telefon pintar ini dengan harga RM120 sahaja.
Selain itu, KDD juga telah bersetuju untuk mewujudkan insentif Postpaid Rahmah buat penjawat awam dengan pemberian rebat sebanyak RM10 sebulan bagi menghargai usaha dan pengorbanan penjawat awam di Malaysia.
Tarikh Pembelian & Tempoh Kontrak
Bagi anda yang berminat dengan pakej 5G Rahmah ini, anda boleh mula mendapatkannya bermula 31 Ogos 2023 ini.
Sekiranya anda melanggan pakej ini, anda akan terikat dengan kontrak mereka iaitu selama 24 bulan bersamaan dengan 2 tahun.
Anda juga akan diberi tempoh waranti selama dua tahun, berbanding sebelum ini, di mana tempoh waranti hanya diberikan selama setahun.
Cara Pendaftaran Pakej 5G Rahmah
Bagi anda yang memenuhi syarat kelayakan di bawah dan ingin mendaftar untuk pakej 5G Rahmah ini anda boleh terus ke pusat jualan telco pilihan anda atau anda boleh melayari laman rasmi mereka:
Syarat Kelayakan
Semua rakyat Malaysia yang memenuhi syarat di bawah layak untuk membeli pas pakej 5G Rahmah ini:
- Belia (12-30 tahun)
- Golongan B40
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- Warga Emas (60 tahun ke atas)
- Veteran Polis dan Angkatan Tentera Malaysian
Pakej Yang Ditawarkan
Bagi inisiatif pakej 5G Rahmah ini, sebanyak lima syarikat telco akan terlibat dan memberi sokongan ke atas rangka kerja Ekonomi MADANI ini.
Berikut merupakan perkhidmatan telco yang terlibat dengan pakej yang ditawarkan mereka:
1. Celcom
2. Digi
3. Maxis
4. Telekom Malaysia (Unifi)
5. U Mobile
6. YTL Communications (YES)
Manakala bagi penjualan telefon pintar dengan harga RM240, dua telefon pintar yang akan dijual dalam pakej ini adalah:
- Samsung A14 5G
- Storan: 128GB
- Memori (RAM): 6GB
- Harga pasaran : RM949
- Harga Rahmah : RM240
- Honor 90 Lite 5G
- Storan: 256GB
- Memori (RAM): 6GB
- Harga pasaran : RM1099
- Harga Rahmah: RM240
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat tambahan berkenaan pakej 5G Rahmah ini boleh didapatkan melalui laman rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia atau melalui laman sosial mereka di pautan berikut:
- Twitter: Kementerian Komunikasi dan Digital
- Facebook: Kementerian Komunikasi dan Digital
Baca juga: Starlink Malaysia: Pakej Internet, Harga dan Cara Melanggan