Maulidur Rasul 2023: Tarikh / Tema Sambutan 1445H
Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan meraikan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W yang merupakan nabi dan rasul terakhir dalam agama Islam.
Sambutan ini akan dijalankan setiap tahun pada hari ke 12 bulan Rabiulawal tahun Hijrah, dengan menjalankan beberapa acara seperti perarakan, ceramah agama dan sebagainya.
Berikut merupakan maklumat berkenaan hari keputeraan baginda yang lebih terperinci. Teruskan membaca artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan hari penting ini.
Maulidur Rasul
Maulidur Rasul merupakan perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud kelahiran Rasul. Oleh itu, apabila meraikan Maulidur Rasul, umat Islam sedang meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad.
Hari kelahiran baginda telah jatuh pada hari ke-12 Rabiulawal bulan ketiga tahun Hijrah iaitu bersamaan dengan 20 April 571 Masihi. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. bagi umat Islam.
Setiap tahun pada hari ini, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya bagi mengingati pengorbanan dan perjuangan baginda kepada umatnya.
Tujuan Sambutan Maulidur Rasul
Berikut merupakan tujuan utama Umat Islam di seluruh dunia menyambut atau meraikan Maulidur Rasul ini:
- Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.
- Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
- Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.
- Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:
- Beribadah dan mentaati Allah SWT.
- Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
- Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
- Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
- Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.
Tarikh Cuti Umum
Pada tahun 2023 ini, sambutan Maulidur Rasul telah jatuh pada 28 September 2023 iaitu pada hari Khamis.
Dan pada tarikh tersebut, semua negeri di Malaysia akan mendapat cuti umum, seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2023 di bawah
Baca juga: Kalendar 2024 – Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM
Tema dan Sambutan Peringkat Kebangsaan
Setiap tahun di Malaysia, sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W ini diraikan dengan tema tertentu dan akan disambut secara besar-besaran sehingga keperingkat kebangsaan.
Sebagai contoh pada tahun lepas, tema sambutan Maulid 2022 adalah “Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran” dan sambutan peringkat kebangsaan Maulidur Rasul 2022 telah dijalankan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2022 (Ahad).
Namun begitu, pada tahun 2023 ini, tema dan sambutan peringkat kebangsaan bagi Maulidur Rasul ini masih belum lagi diumumkan. Sebarang maklumat berkenaan hal ini, akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.
Hukum Meraikan Maulidur Rasul
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di laman rasmi mereka hukum meraikan Maulud Nabi Muhammad S.A.W adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah.
Tetapi bagi umat Islam yang ingin meraikannya, ia perlu lah memenuhi beberapa syarat utama di bawah:
- Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.
- Tiada percampuran lelaki dan perempuan.
- Menutup aurat.
- Tiada unsur maksiat.
- Mempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW.
- Penekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah S.A.W. Begitu juga memahami fiqhnya
- Disemarakkan dengan berselawat kepada Nabi S.A.W. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)