Kalendar 2024 – Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM
Kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2023. Pastinya ada di antara kita yang sudah bersedia untuk menghadapi tahun 2024 dengan harapan tahun depan akan menjadi tahun yang lebih baik.
Untuk anda yang ingin membuat persiapan awal bagi tahun hadapan, sama ada sempena sambutan perayaan, untuk bercuti atau ada aktiviti lain, teruskan bersama artikel ini sehingga ke penghujung untuk mengetahui tarikh yang bersesuaian dengan perancangan anda
Kalendar 2024
Berikut merupakan kalendar penuh bagi tahun 2024:
Senarai Cuti Umum Mengikut Bulan
Dibawah merupakan senarai cuti umum daripada kalendar 2024 mengikut bulan dalam tahun tersebut:
Januari
Dibawah merupakan senarai cuti dan perayaan yang terdapat pada bulan Januari tahun hadapan:
- 1 Januari : Cuti Tahun Baru (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis& Terengganu)
- 14 Januari : Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
- 15Januari : Cuti Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan (Negeri Sembilan)
- 25 Januari : Cuti Thaipusam ( Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor sahaja)
Perkara ini boleh dilihat dalam kalendar bulan Januari 2024 di bawah:
Februari
Pada bulan Februari kita akan mempunyai cuti yang agak panjang di mana pada tarikh:
- 1 Februari : Hari Wilayah (Hanya melibatkan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya)
- 8 Februari : Israk dan Mikraj ( Hanya melibatkan Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu )
- 10 Februari -11 Februari : Tahun Baru Cina ( Semua Negeri )
- 12 Februari : Cuti Tahun Baru Cina ( Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan &Terengganu)
Mac
Cuti dan perayaan pada bulan Mac 2024 adalah pada:
- 4 Mac : Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
- 11 Mac : 1 Ramadan ( Johor, Kedah & Melaka)
- 23 Mac : Hari Keputeraan Sultan Johor (Johor sahaja)
- 28 Mac : Hari Nuzul Al-Quran (Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak)
- 29 Mac : Good Friday (Sabah & Sarawak)
April
Bulan Syawal telah jatuh pada bulan April tahun 2024, di bawah merupakan tarikh cuti umum bagi sambutan hari raya dan cuti lain:
- 10 April : Hari Raya Aidilfitri (Semua Negeri)
- 11 April : Hari Raya Aidilfitri Kedua (Semua Negeri)
- 15 April : Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah (Melaka sahaja)
- 26 April : Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Terengganu sahaja)
Mei
Di bawah merupakan tarikh cuti rasmi atau tarikh perayaan di bulan Mei:
- 1 Mei : Hari Buruh (Semua Negeri)
- 17 Mei : Hari Keputeraan Raja Perlis (Perlis sahaja)
- 22 Mei : Hari Wesak (Semua Negeri)
- 30 Mei : Pesta Kaamatan (Labuan & Sabah)
- 31 Mei : Pesta Kaamatan Hari Kedua (Labuan & Sabah)
Jun
Cuti pada bulan Jun 2024 jatuh pada:
- 1 Jun : Hari Gawai (Sabah & Sarawak)
- 2 Jun : Hari Gawai Kedua (Sabah & Sarawak)
- 3 Jun : Hari Keputeraan YDP Agong (Semua Negeri)
- 15 Jun : Hari Arafah (Terengganu)
- 16 Jun : Hari Raya Haji (Semua Negeri)
- 17 Jun : Hari Raya Haji Kedua (Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu sahaja)
Julai
Pada bulan julai tarikh cuti umum dan perayaan jatuh pada:
- 7 Julai : Awal Muharram (Semua Negeri)
- 8 Julai : Cuti Awal Muharram (Semua Negeri kecuali Johor,Kedah, Kelantan & Terengganu )
- 13 Julai : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (Pulau Pinang sahaja)
- 22 Julai : Hari Sarawak (Sarawak sahaja)
- 30 Julai : Hari Keputeraan Sultan Pahang (Pahang sahaja)
Ogos
Pada bulan Ogos, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos yang melibatkan semua negeri dan juga Harijadi Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 24 Ogos untuk rakyat negeri tersebut sahaja.
September
Senarai cuti pada bulan September adalah pada tarikh berikut:
- 1 September : Cuti Hari Kebangsaan (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
- 16 September : Maulidur Rasul dan Hari Malaysia (Semua Negeri)
Oktober
Dibawah merupakan senarai cuti pada bulan Oktober 2024:
- 5 Oktober : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sabah (Sabah sahaja)
- 12 Oktober : Harijadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak (Sarawak sahaja)
November
Pada bulan November senarai cuti dan perayaan adalah pada tarikh berikut:
- 1 November : Deepavali (Semua Negeri)
- 11 – 12 November : Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Kelantan sahaja)
Disember
Akhir sekali adalah pada bulan Disember di mana cuti umum hanya ada dua sahaja iaitu pada:
- 11 Disember : Hari Keputeraan Sultan Selangor (Selangor sahaja)
- 25 Disember : Hari Krismas (Semua Negeri)
Baca juga:
Cuti Sekolah KPM 2024
Berdasarkan takwim akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 yang telah dikeluarkan terdapat tiga cuti penggal yang bakal dijalani oleh para pelajar iaitu:
- Kumpulan A
- Cuti Penggal 1 : 24.05.2024 – 02.06.2024
- Cuti Penggal 2 : 13.09.2024 – 21.09.2024
- Cuti Penggal 3 : 20.12.2024 -28.12.2024
- Kumpulan B
- Cuti Penggal 1 : 25.05.2024 – 02.06.2024
- Cuti Penggal 2 : 14.09.2024 – 22.09.2024
- Cuti Penggal 3 : 21.12.2024 -29.12.2024
Bagi cuti akhir persekolahan pula ia jatuh pada tarikh berikut:
- Kumpulan A – 17.01.2025 – 15.02.2025
- Kumpulan B – 18.01.2025 – 16.02.2025
Cuti Tambahan Perayaan
Bagi cuti sekolah 2024 yang melibatkan perayaan pula, pelajar akan memperoleh cuti tambahan pada tarikh berikut:
- Kumpulan A
- Hari Raya Aidilfitri : 7 April 2024 (Ahad) – 9 April 2024 (Selasa)
- Deepavali : 30 Oktober 2024 (Rabu)
- Kumpulan B
- Hari Raya Aidilfitri : 8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 & 12 April 2024 (Jumaat)
- Deepavali :
- 30 Oktober 2024 & 1 November 2024 ( Semua negeri kecuali Sarawak)
- 31 Oktober 2024 (Negeri Sarawak Sahaja)
Cuti lain:
- Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) : 30 dan 31 Mei 2024
- Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja): 1 dan 2 Jun 2024
- Perayaan Hari Krismas : 25 Disember 2024
- Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2024 : 10 dan 11 Februari 2024
- Perayaan Tahun Baru Cina Tahun 2025 : 29 dan 30 Januari 2025