Advertisements

Vaksin TDAP Percuma Buat Ibu Mengandung Mulai Tahun 2024

Vaksin TDAP merupakan vaksin yang bakal diberikan kepada ibu mengandung bermula tahun 2024 bagi membantu dalam membendung risiko jangkitan pertussis terutamanya dalam kalangan bayi berumur bawah 5 bulan.

Inisiatif ini telah diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerana bayi yang baru lahir, tidak dapat menerima vaksin secara langsung memandangkan usia yang terlalu muda.

Oleh itu, apabila ibu hamil diberikan vaksin ini, mereka bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri malah menyumbang antibodi kepada bayi mereka melalui plasenta dan ini memberikan perlindungan pasif kepada bayi baru lahir pada minggu terawal, selepas dilahirkan.

Apa itu Vaksin TDAP?

Vaksin TDaP adalah sejenis vaksin yang dihasilkan bagi membunuh atau melawan bakteria tetanus (T), difteria (D), dan pertussis (aP) dalam tubuh badan manusia.

Bakteria TDAP ini boleh memasuki tubuh manusia melalui luka atau kecederaan (Tetanus) atau melalui udara dari satu individu ke satu individu yang lain (Difteria dan Pertussis).

Berikut merupakan kesan pembiakan bakteria ini ke atas tubuh badan anda:

Sumber maklumat diperoleh daripada laman rasmi Centers for Desease Control and Prevention

NOTA: Vaksin ini boleh diberi kepada individu berusia tujuh tahun dan ke atas sahaja. Bagi bayi yang baru lahir mereka tidak boleh menerima vaksin ini secara langsung kerana faktor usia.

Oleh itu, KKM bakal memberikan vaksin kepada ibu mengandung kerana melalui cara ini mereka bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri malah menyumbang antibodi kepada bayi mereka melalui plasenta dan ini memberikan perlindungan pasif kepada bayi baru lahir pada minggu terawal, selepas dilahirkan

  1. Tetanus (T)
    • Menyebabkan kekakuan otot yang menyakitkan dan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius, termasuk tidak dapat membuka mulut, mengalami masalah menelan dan bernafas, atau kematian.
  2. Difteria (D)
    • Menyebabkan kesukaran bernafas, kegagalan jantung, lumpuh, atau kematian.
  3. Pertussis (aP)
    • Menyebabkan batuk yang tidak terkawal yang boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas, makan atau minum.
    • Pertusis boleh menjadi sangat serius terutamanya pada bayi dan kanak-kanak kecil, ia boleh menyebabkan radang paru-paru, sawan, kerosakan otak, atau kematian.
    • Pada remaja dan dewasa, ia boleh menyebabkan penurunan berat badan, kehilangan kawalan pundi kencing, pengsan, dan patah tulang rusuk akibat batuk yang teruk.

Apa itu Pertussis?

Pertussis, juga dikenali sebagai batuk kokol, adalah jangkitan pernafasan yang sangat mudah merebak yang berlaku disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

Penyakit ini merebak dengan mudah dari individu ke individu melalui titisan yang dihasilkan oleh batuk atau bersin. Penyakit ini paling berbahaya pada bayi, dan merupakan punca utama kematian dalam kumpulan umur ini.

Gejala pertama biasanya muncul 7 hingga 10 hari selepas jangkitan, ia termasuk demam ringan, hidung berair dan batuk, yang seterusnya secara beransur-ansur berkembang menjadi batuk kokol.

Orang yang menghidap pertussis paling mudah berjangkit sehingga kira-kira 3 minggu selepas batuk bermula, dan ramai kanak-kanak yang dijangkiti mengalami batuk yang berlangsung selama 4 hingga 8 minggu.

Sumber maklumat diperoleh daripada laman rasmi Centers for Desease Control and Prevention

Statistik Pertussis

Daripada Januari 2023 sehingga 22 Ogos 2023, sebanyak 329 kes Pertussis atau batuk kokol telah dilaporkan di seluruh negara membabitkan 23 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata daripada jumlah itu, Sabah merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 181 kes, disusuli Selangor dengan 51 kes, Kuala Lumpur dan Putrajaya (15), Pahang (13) dan Perak (13), Melaka (12) dan Negeri Sembilan (12), Johor (sembilan), Sarawak (lapan), Kelantan (tujuh), Kedah (tiga) dan Terengganu (tiga).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan tersebut, daripada jumlah kes tersebut, sebanyak 219 kes (66.6%) adalah warga tempatan manakala 110 kes (33.4%) lagi membabitkan warga asing.

Beliau juga telah menyatakan bahawa bayi berusia 12 bulan ke bawah adalah kumpulan umur mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 189 kes, disusuli dengan kanak-kanak berusia antara satu hingga 10 tahun sebanyak 94 kes dan selebihnya berusia 11 tahun ke atas.

Oleh itu, pemberian vaksin TDAP, kepada ibu hamil ini sangat penting kerana ini mampu memberi perlindungan kepada bayi dari dalam kandungan sehingga bayi berkenaan lahir dan dapat melengkapkan tiga dos primer vaksin pertussis pada umur lima bulan.

Tindakan Pencegahan

Bagi anda yang mengalami penyakit pertussis ini anda boleh melakukan langkah pencegahan di bawah:

Vaksin TDAP

Pelaksanaan Vaksin TDaP Percuma

Pada 28 Ogos 2023 yang lepas, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju untuk memberikan vaksin TDAP ini secara percuma kepada semua ibu mengandung tidak kira mereka warganegara Malaysia atau bukan warganegara.

Setiap ibu hamil boleh mendapatkan satu dos vaksin TDAP sewaktu fasa kandungan trimester kedua atau ketiga iaitu antara tempoh kehamilan 13 hingga 36 minggu di mana-mana fasiliti kesihatan primer KKM di seluruh negara.

Pelaksanaan pemberian vaksin ini akan bermula setelah urusan perolehan bekalan vaksin selesai dan bekalan vaksin berkenaan tersedia di kemudahan kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Boleh lihat penerangan berkenaan Klinik Kesihatan Malaysia dan Waktu Operasi Baharu di sini.

Vaksin Tdap

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.