Advertisements

Permohonan Ibadah Haji Veteran ATM 2023

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM mempelawa veteran ATM yang berminat untuk mengerjakan ibadah haji untuk memohon satu program iaitu Ibadah Haji Veteran ATM 2023.

Untuk makluman, program Ibadah Haji Veteran ATM ini diperkenalkan khusus kepada veteran ATM sahaja melalui Pakej Swasta bukan Muassasah.

Bgai veteran ATM yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan dokumen yang lengkap kepada JHEV ATM sebelum atau selewat-lewatnya pada 25 Januari 2023.

Anggaran Perbelanjaan

Anggaran kos perbelanjaan bagi seorang adalah sebanyak RM40,000.00 untuk bilik berempat.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila kemukakan dokumen yang lengkap kepada pihak JHEV ATM:

  1. Surat Permohonan Haji.
  2. Borang Permohonan Haji.
  3. 1 salinan kad pengenalan permohonan dan pasangan.
  4. 1 salinan kad veteran ATM/Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D86/92/84) muka depan sahaja.
  5. 1 salinan Sijil Nikah.
  6. 1 salinan Buku Akaun Tabung Haji/pasangan.
  7. 1 salinan Sijil Kursus Tabung Haji (pemohon dan pasangan).

Permohonan yang lengkap boleh dikemukakan ke alamat berikut:

Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM,
Kementerian Pertahanan Malaysia,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50802 Kuala Lumpur.
(u.p: Unit Pentadbiran)

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini, sila berhubung terus dengan urusetia Bahagian Khidmat Pengurusan JHEV ATM:

  • Puan Siti Atikah binti Abu Bakar di talian 03-2050 8185 atau email [email protected]
  • Puan Zyasfitri Ismawati binti Awang Ismail di talian 03-2050 8182 atau email [email protected]

Layari laman web JHEV ATM iaitu https://www.jhev.gov.my/ untuk info lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.