Advertisements

Login THiJARI: Sistem Semakan Akaun Tabung Haji Online

Untuk pengetahuan anda, Tabung Haji mempunyai sistem semakan akaun iaitu sistem THiJARI untuk memberikan kemudahan pemegang akaun.

Melalui sistem Tabung Haji Online ini, pengguna boleh menyemak akaun termasuk penyata terkini akaun TH anda.

Berbeza dengan portal iAkaun KWSP, sistem ini membolehkan anda membuat pemindahan wang termasuk menguruskan hal-hal berkaitan haji.

Berikut dikongsikan cara-cara untuk daftar portal THiJARI.

Baca juga: Semakan Penyata ASB Online (MyASNB)

Pendaftaran Tabung Haji Online

Sebelum mendaftar pastikan anda telah kemaskini maklumat akaun terutama nombor telefon terkini supaya nombor TAC dapat dihantar ke nombor yang betul.

Baca juga: Tabung Haji vs ASN Mana Lagi Untung?

Untuk urusan kemaskini anda perlu ke mana-mana cawangan TH berdekatan anda.

Untuk senarai penuh cawangan TH anda boleh rujuk portal rasmi Tabung Haji di https://www.tabunghaji.gov.my

Selesai urusan kemaskini barulah anda boleh mendaftar di portal THiJARI.

Caranya:

  • Layari portal rasmi https://www.thijari.com.my/
  • Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor TH anda
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan termasuk segala maklumat peribadi yang diminta

Setelah selesai, sila semak sekali lagi sebelum memasukkan nombor TAC yang telah dihantar ke telefon bimbit anda.

Kemudian isi beberapa butiran berikut:

  • Kata nama
  • Kata laluan
  • Nama pengguna
  • Negeri terkini

Selesai semuanya barulah anda boleh menggunakan portal THiJARI untuk urusan selanjutnya.

Perkhidmatan THiJARI

Berikut antara perkhidmatan yang ditawarkan di portal tersebut. Antaranya:

1 – Urusan Simpanan dan Pengeluaran

Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).

2- Pembukaan Akaun Baru (VAO)

TH telah menambah satu perkhidmatan baru dalam THiJARI iaitu bakal pelanggan TH kini boleh membuka akaun baru TH untuk dewasa dan kanak-kanak bagi memudahkan urusan proses pembukaan akaun TH.

3 – Urusan Haji

Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.

4- Rayuan Haji

Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan Aplikasi THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini.

5 – Kelab Taha/[email protected]

Pendaftaran Kelab Taha/[email protected] boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/[email protected], penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/[email protected] boleh dilakukan.

6- Penamaan/Hibah Amanah

Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh hubungi cawangan TH berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon  :   +603 – 6207 1919
Faks      :   +603 – 7728 4959
Emel     :   [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)

Layari laman web https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.