Warga tani di Negeri Selangor kini boleh mendapatkan laptop dan tablet menerusi program Agro Digital yang diwujudkan di bawah Kerajaan Negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian Negeri Selangor.
Tujuan ini program ini dilaksanakan adalah untuk membantu keluarga warga tani yang berpendapatan rendah dan mempunyai ahli keluarga yang menjalani sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPr) menerusi laptop atau tablet yang diberikan.
Ini sekaligus akan membantu mereka menjalani PdPr dengan lebih baik menerusi laptop atau tablet yang diberikan bagi mereka yang layak.
Pemohon boleh membuat permohonan Agro Digital daripada 21 Februari 2022 (Isnin) hingga 28 Februari 2022 (Isnin) jam 12.00 malam.
Jumlah Laptop & Tablet
Jumlah laptop dan tablet yang akan diberikan menerusi program ini adalah seperti berikut:
- Laptop: 100 buah
- Tablet: 50 buah
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Terlibat aktif dengan sektor pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani di Selangor
- Mempunyai ahli keluarga yang sedang menjalani sesi PdPr.
- Pendapatan isi rumah RM2,000 dan kebawah setiap bulan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik link pautan permohonan berikut https://forms.gle/XA58S6GFMzmijovS7.
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan iaitu bukti bergambar sedang menjalankan aktiviti pertanian/perikanan/penternakan/industri asas tani.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Jika terdapat sebarang pertanyaan atau persoalan mengenai program Agro Digital, sila email terus kepada [email protected] atau [email protected].