Advertisements

Skim i-Agro Selangor: Modal Pembiayaan Pertanian Sehingga RM50,000

Usahawan yang mengusahakan sektor pertanian di Negeri Selangor kini boleh mendapatkan modal pembiayaan menerusi Skim i-Agro yang diperkenalkan oleh Hijrah Selangor.

Skim i-Agro adalah satu inisiatif terbaharu yang diperkenalkan oleh Hijrah Selangor bagi membantu usahawan di Negeri Selangor yang memerlukan modal pembiayaan sehingga RM50,000 untuk mengembangkan aktiviti perniagaan dengan lebih pesat.

Tujuan utama skim ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda atau siswazah dalam bidang sektor Agro yang merangkumi sektor pertanian, penternakan dan juga akuakultur.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan kepada pihak Hijrah Selangor dengan segera.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pemohon yang ingin memohon Skim i-Agro adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon merupakan rakyat Negeri Selangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahun.
  3. Pemohon mengundi di Negeri Selangor.
  4. Berumur di antara 18 tahun sehingga 65 tahun.
  5. Perniagaan sudah beroperasi.
  6. Mempunyai lokasi atau tapak yang khusus.
  7. Mempunyai surat perjanjian, salinan geran tanah/dokumen lain yang sah melibatkan aktiviti ekonomi berkonsepkan aktiviti agro.
  8. Mempunyai salinan perniagaan (SSM/permit kebenaran atau lesen PBT yang sah).
  9. Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan.
  10. Terlibat secara langsung dalam perniagaan.
  11. 1 pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login.
  2. Klik bahagian ‘Create An Account.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran pasport pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah).
  4. Salinan penyata akaun bank 3 bulan terkini/buku bank.
  5. Gambar perniagaan pemohon.
  6. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim i-Agro, sila layari laman web https://www.hijrahselangor.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.