Advertisements

Permohonan INGEN: Insentif Galakan Nelayan Negeri Sembilan

Nelayan di Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan peralatan kini boleh memohon Insentif Galakan Nelayan (INGEN) yang diberikan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan.

Untuk makluman, INGEN merupakan insentif Kerajaan Negeri Sembilan berbentuk peralatan yang diberikan kepada nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan (pemilik lesen sampan).

Insentif ini diharap mampu membantu para nelayan di Negeri Sembilan untuk mendapatkan peralatan menangkap ikan yang baik untuk meningkatkan hasil tangkapan mereka.

Para nelayan yang berminat boleh membuat permohonan bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2022.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang boleh dimohon oleh para nelayan adalah sama ada:

  • Sampan; atau
  • Enjin; atau
  • Peralatan menangkap ikan.

Setiap nelayan hanya boleh memilih satu skop bantuan sahaja dengan had maksimum yang telah ditetapkan.

Setiap permohonan yang diterima akan disemak, disiasat dan dinilai oleh ahli jawatankuasa INGEN yang terdiri daripada Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi para nelayan yang ingin memohon insentif ini adalah seperti berikut:

  1. Pemilik Lesen Sampan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
  2. Nelayan memiliki Kad Pendaftaran Nelayan.
  3. Keutamaan kepada pemohon yang berdaftar dengan PNK.
  4. Hanya satu skop bantuan bagi setiap permohonan.

Cara Memohon

Para nelayan yang ingin membuat permohonan boleh mendapatkan borang permohonan di PNK Telok Kemang atau PNK Port Dickson.

Pejabat PNK tersebut boleh dirujuk melalui pautan https://www.nekmat.com.my/nekmatweb/persatuanelayan.html

Adalah diingatkan hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses dan dipertimbangkan untuk kelulusan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai INGEN, sila hubungi LKIM Negeri Sembilan di talian 06-675 1911 atau menghantar email ke [email protected].

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.