Advertisements

GOL 4.0: Geran PKS Makmur Johor Sehingga RM5,000

Advertisements

Untuk usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) Negeri Johor, Kerajaan Negeri Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB) membuka permohonan bagi mendapatkan Geran PKS Makmur Johor (GOL 4.0).

GOL 4.0 merupakan geran yang ditawarkan kepada berbentuk mesin atau peralatan kepada usahawan PKS yang layak di Negeri Johor.

Pelaksanaan geran ini dijangka akan memberikan memberi manfaat kepada 560 usahawan di negeri tersebut.

Usahawan yang berminat boleh membuat permohonan 31 Januari sehingga 14 Februari 2022 jam 5 petang.

Kluster Perniagaan

Kluster perniagaan yang layak untuk memohon geran ini adalah seperti berikut:

  • Percetakan
  • Kimpalan
  • Guntingan Rambut
  • Pertukangan Kayu
  • Makanan dan Minuman (Pembuatan dan Prosesan sahaja)

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Usahawan bertaraf mikro sahaja iaitu perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM300,000.00; atau
  2. Bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web https://www.pujb.my/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Sistem PADU.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Baru.’
  4. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun Baru.’
  5. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Buat pendaftaran sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai GOL 4.0, sila hubungi melalui WhatsApp di talian 011-2075 5135 atau emel di [email protected]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.