Advertisements

Permohonan PEMULA: Skim Permulaan Perniagaan Johor

Belia di Negeri Johor dialu-alukan untuk memohon Skim Permulaan Perniagaan (PEMULA) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT).

Skim ini merupakan inisiatif projek dengan kerjasama GIATMARA yang memberi penekanan terhadap elemen latihan kemahiran, bantuan permulaan perniagaan, dan program pembagunan usahawan.

Tujuan utama skim ini diwujudkan adalah untuk melahirkan lebih ramai belia di Negeri Johor untuk terlibat dalam bidang keusahawanan yang melibatkan latihan dan kemahiran.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 3 Februari 2022 iaitu pada hari Khamis.

Proses Pembelajaran

Individu yang layak akan melalui proses pembelajaran selama 6 bulan secara sepenuh masa dengan kerjasama GIATMARA.

Tempat kursus akan ditentukan di GIATMARA terpilih di Negeri Johor.

Kursus & Lokasi

Kursus dan lokasi yang ditetapkan bagi PEMULA adalah seperti berikut:

KursusLokasi
Senireka Gaya Rambut– Sekijang, Segamat
– Simpang Renggam, Kluang
Teknologi Motosikal – Bakri, Muar
– Bandar Kota Tinggi
– Parit Sulong, Batu Pahat
– Bandar Segamat
– Sembrong, Kluang
– Sri Gading, Batu Pahat
Solekan & Terapi Kecantikan– Ayer Hitam, Batu Pahat
Teknologi Penyejukbekuan & Penyaman Udara– Bandar Batu Pahat
– Ledang, Tangkak
– Pengerang, Kota Tinggi
– Pulai, Johor Bahru
– Tebrau, Johor Bahru

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut iaitu:

  1. Pemohon ialah Bumiputera.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira (3M).
  4. Berkelulusan sekurang-kurangnya PMR/PT3.
  5. Berumur dari 15 tahun hingga 30 tahun.
  6. Berminat dalam bidang yang dimohon.
  7. Kategori berpendapatan rendah di bawah kelompok B40.
  8. Menandatangani Surat Aku Janji Peserta PEMULA.
  9. Borang yang tidak lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan tidak akan diproses.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://bit.ly/pemula-2022.
  2. Baca syarat dan permohonan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Next’ pada akhir setiap paparan.
  4. Isi maklumat sehingga ke akhir paparan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PEMULA, sila hubungi talian 07-2666526.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.