Advertisements

RPKYS: Rancangan Khas Pendidikan Tingkatan 1 Selangor

Bagi murid yang bakal memasuki Tingkatan 1 dan tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah, Yayasan Selangor (YS) menawarkan Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor (RPKYS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mana murid yang layak bakal ditempatkan di sekolah terkemuka dan menerima tawaran biasiswa.

RPKYS merupakan program kerjasama antara KPM dan YS untuk tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan 1 ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor serta tinggal di asrama-asrama milik YS.

Matlamat prorgram ini dilaksanakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar miskin di Selangor tetapi berpotensi dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran yang terbaik.

Murid yang layak dan terpilih akan diberikan biasiswa selain bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar yang terlatih.

Bagi mereka yang berminat, permohonan program ini dibuka mulai 25 Januari 2022 dan akan ditutup pada 11 Februari 2022.

Penempatan Sekolah & Asrama

Murid yang terpilih dan di bawah tajaan program ini akan bersekolah di sekolah-sekolah terpilih di bawah kawalan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan juga Asrama Pusat Yayasan Selangor.

i) Asrama Pengurusan Yayasan Selangor

Sebanyak 2 buah Asrama Pusat yang berada di bawah Pengurusan Yayasan Selangor iaitu:

  • Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
  • Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
AsramaNama SekolahJantina
AYSSBSMK Ungku Aziz, Sabak BernamLelaki
AYSKSMK Tinggi Klang, KlangLelaki
AYSKSMK Tengku Ampuan Rahimah, KlangLelaki/
Perempuan
AYSKSMK (P) Methodist, KlangPerempuan
AYSKSMK Convent, KlangPerempuan
AYSKSMK Methodist ACS, KlangLelaki
AYSKSMK (P) Bukit Kuda, KlangPerempuan

ii) Asrama Daerah Yayasan Selangor

AsramaNama SekolahJantina
Sabak BernamSMK Ungku Aziz, Sabak BernamPerempuan
Sabak BernamSMK Sungai BesarLelaki/Perempuan
Sabak BernamSMK Dato’ Mustaffa, SekinchanPerempuan
Kuala SelangorSMK Dato’ Harun, Tanjong KarangLelaki/Perempuan
Kuala SelangorSMK Pengkalan PermatangLelaki/Perempuan
Hulu SelangorSMK Kuala Kubu BharuLelaki/Perempuan
PetalingSMK Damansara UtamaLelaki/Perempuan
PetalingSMK Shah AlamLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Tinggi KajangLelaki
Hulu LangatSMK Sultan Abdul Aziz Shah, KajangLelaki/Perempuan
Hulu LangatSMK Jalan Tiga (Kelas Aliran Agama)Perempuan
Kuala LangatSMK Telok Panglima GarangLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK BantingLelaki/Perempuan
Kuala LangatSMK Bukit ChanggangLelaki/Perempuan
SepangSMK Seri SepangLelaki/Perempuan
W.P Kuala LumpurSMK VictoriaLelaki

iii) Tanpa Asrama (Berulang dari rumah)

NegeriNama SekolahJantina
SelangorSMK (P) Sri Aman, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (P) Assunta, Petaling JayaPerempuan
SelangorSMK (L) Bukit Bintang, Petaling JayaLelaki
W.P Kuala LumpurSMK Aminuddin BakiLelaki/Perempuan

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP 3 di dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Pemohon tersebut bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar).
  3. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun.
  4. Pemohon adalah daripada keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah tanggungan) kurang RM2000.00 sebulan.
  5. Pemohon, ibu, dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon mestilah sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

Tatacara Memohon

Tatacara permohonan RPKYS boleh dirujuk melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://sm.yselangor.com/smpysv2/.
  2. Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi maklumat permohonan dengan lengkap sehingga selesai.
  4. Kemudian, sediakan dokumen permohonan dengan lengkap.
  5. Cetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap.
  6. Hantar borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar di alamat:

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya, Selangor

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah)- 1 salinan
  2. Keputusan UPKK (sekiranya ada)- 1 salinan
  3. Sijil PAJSK– 1 salinan
  4. Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga- 1 salinan
  5. Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa– 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa
    yang tidak lahir di Selangor, sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  6. Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga- 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang
    tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Adalah diingatkan untuk semua dokumen tersebut perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/PengerusiJKKK/Penyelia Pembangunan Mukim/Penghulu/Ketua Kampung) dan yang setaraf dengannya.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai RPKYS, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di talian 03-7669 1218/1158/1177/1150/1141.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.