Advertisements

TAPAT & SPAAT: Tabung Pinjaman & Skim Pinjaman Akademik ATM

Aangkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Jabatan Arah Pendidikan telah menyediakan pinjaman akademik tanpa faedah iaitu Tabung Pinjaman Akademik dan Pengajian Tinggi Tentera (TAPAT) dan Skim Pinjaman Akademik Anak Tentera (SPAAT).

Untuk makluman, kedua-dua pinjaman akademik ini disediakan kepada anggota ATM, pasangan, dan anak-anak anggota ATM yang berjaya melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pinjaman akademik ini diharap dapat membantu anggota ATM, pasangan, dan anak-anak anggota ATM untuk melanjutkan pengajian dan mencapai keputusan akademik yang cemerlang.

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan sebelum 17 Februari 2022.

Jumlah Pinjaman

Jumlah kedua-dua pinjaman akademik yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • 90% daripada yuran keseluruhan pengajian; atau
  • Maksimum RM30,000; atau
  • Mana-mana yang lebih rendah.

Bayaran Balik Pinjaman

Bayaran balik pinjaman bagi kedua-dua pinjaman akademik tersebut adalah melalui potongan gaji bulanan maksimum 60 bulan.

Kelulusan adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Eksekutif Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Anggota ATM; atau
  2. Pasangan anggota ATM; atau
  3. Anak-anak anggota ATM.
  4. Berjaya melanjutkan pengajian di IPT dalam atau luar negara.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan melalui pegawai/jurulatih pendidikan di pasukan masing-masing.

Borang permohonan tersebut mestilah dihantar ke Jabatan Arah Pendidikan ATM sebelum tamat tempoh permohonan.

Kelulusan Permohonan

Permohonan yang diterima akan diangkat kepada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif TKAT untuk kelulusan.

Pemohon akan dimaklumkan sekiranya permohonan tersebut diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai TAPAT dan SPAAT, sila layari laman web https://www.mafhq.mil.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.