Industri pelancongan di Negeri Johor bakal menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor menerusi Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022.
Untuk makluman, Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022 menupakan insentif yang disediakan Kerajaan Negeri Johor bagi membantu pengusaha industri pelancongan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.
Bantuan ini diharap mampu sedikit sebanyak membantu pengusaha industri pelancongan di Negeri Johor untuk bangkit dan mengembangkan perniagaan mereka pada waktu ini.
Permohonan telah dibuka dan tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022.
Kategori Pemohon
Pemohon yang layak memohon bantuan insentif ini adalah terdiri daripada kategori berikut:
- Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.
- Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor.
- Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor.
- Pengusaha Homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor dan Persatuan Homestay Negeri Johor.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon bantuan insentif ini adalah seperti berikut:
i) Agensi Pelancongan
- Syarikat agensi pelancongan mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan dilesenkan oleh PBT.
- Pemohon mestilah syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021.
- Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
ii) Pengusaha Hotel Bajet
- Pengusahan hotel mestilah berdaftar sebagai ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor.
- Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di Negeri Johor.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi My Sejahtera.
- Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
- Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang tahun 2021.
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan 2022 anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
iii) Pemandu Pelancong
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Pemohon mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.
- Warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugasan pemandu pelancong berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat/agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di Aplikasi My Sejahtera.
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022
iv) Pengusaha Homestay
- Pengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay Negeri Johor.
- Pemohon mestilah berdaftar dengan ahli Persatuan yang diiktiraf di Negeri Johor.
- Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi My Sejahtera.
- Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di homestay sepanjang tahun 2021.
- Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI)
- Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
- Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan bantuan insentif ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan berikut iaitu https://drive.google.com/drive/folders/1nRHKrvUT66TVPZookW8VMrjgP_C6CIQk?fbclid=IwAR2TEdJG4jNhbdL4VuSnw4l1ilyLI034sCGAhpwgb3qxKOSm3bmy3wFazUc.
- Klik kategori yang ingin dipohon di bahagian ‘Folders.’
- Muat turun borang permohonan tersebut.
- Isi maklumat di borang permohonan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.
Dokumen Sokongan
Dokumen sokongan yang diperlukan bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
i) Agensi Pelancongan
- Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah, lesen MOTAC dan lesen PBT.
- Salinan Penyata Bank yang sah dan aktif (muka hadapan).
- Jumlah jualan sepanjang tahun 2021.
- Sijil Penyertaan Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
ii) Pengusaha Hotel Bajet
- Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah, lesen MOTAC dan lesen PBT.
- Salinan Penyata Bank yang sah dan aktif (muka hadapan)
- Laporan jumlah penginap di hotel sepanjang tahun 2021.
- 5 pakej pelancongan Johor tahun 2022.
- Salinan MySejahtera bagi lengkap 2 dos vaksinasi (pemohon baru).
- Sijil Penyertaan Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
iii) Pemandu Pelancong
- Senarai tugasan pemandu pelancong berserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarika/agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.
- Salinan kad pengenalan, lesen pemandu pelancong & penyata bank yang sah dan aktif (muka hadapan).
- Salinan MySejahtera bagi lengkap 2 dos vaksinasi (Pemohon baru).
- Sijil Penyertaan Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
iv) Pengusaha Homestay
- Salinan Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang sah, lesen MOTAC dan lesen PBT
- Salinan Penyata Bank yang sah dan aktif (muka hadapan)
- Salinan MySejahtera bagi lengkap 2 dos vaksinasi. (Pemohon baru)
- Laporan jumlah penginap di homestay sepanjang tahun 2021.
- 5 pakej pelancongan Johor tahun 2022.
- Sijil Penyertaan Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut mengenai Bantuan Insentif Pelancongan Negeri Johor 2022, sila hubungi Tourism Johor di talian 07-2249960.