Advertisements

Daftar PICKids: Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak

Advertisements

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19 Kepada Kanak-Kanak (PICKids) untuk kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari 2022. 

KKM memaklumkan, pelaksanaan PICKids dilakukan kerana terdapat peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak terutamanya setelah pembukaan sekolah pada awal tahun 2022.

Ini termasuklah varian baharu Omicron didapati lebih mudah merebak dan berpotensi tinggi untuk menjangkiti kanak-kanak serta orang dewasa.

Kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 juga berisiko tinggi untuk mendapat kesan serius yang dikenali sebagai Multi-System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) dan antara gejala yang boleh dialami adalah seperti demam yang berlarutan, tekanan darah rendah, sawan serta keradangan pelbagai organ termasuk jantung (miokarditis), paru-paru, buah pinggang, otak, kulit, mata, saluran usus dan lain-lain.

Jenis Vaksin

Jenis vaksin yang akan digunakan bagi pelaksanaan PICKids adalah Vaksin Comirnaty® 10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech).

Hasil dapatan kajian klinikal vaksin ini menunjukkan keberkesanan sebanyak 90.7% serta berupaya untuk meningkatkan tindak balas imun yang tinggi terhadap penyakit COVID-19.

Keutamaan PICKids

Keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program
ini adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
kesihatan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk termasuklah kemasukan ke hospital dan ke
unit rawatan rapi (ICU) serta kematian.

Antara masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit-penyakit berikut:

  • Penyakit respiratori kronik
  • Penyakit kardiovaskular
  • Immunosuppression
  • Kencing manis
  • Penyakit ginjal kronik
  • Penyakit saraf

Kesan Sampingan

Seperti vaksin yang lain, vaksin Comirnaty® formulasi khas
untuk kanak-kanak ini juga boleh memberikan kesan sampingan
vaksin yang biasa dialami oleh kanak-kanak seperti:

  • Sakit pada tempat suntikan
  • Kemerahan dan bengkak
  • Keletihan
  • Pening kepala
  • Sakit otot
  • Menggigil
  • Demam.

Namun, kebanyakan kesan sampingan vaksin ini adalah ringan dan sederhana, serta tidak berpanjangan.

Pelaksanaan PICKs

Pelaksanaan PICKs memerlukan dua suntikan dos vaksin dengan sela masa 8 minggu selepas dos pertama.

Berdasarkan data terkini yang diperoleh, sela masa ini akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan yang lebih tinggi serta berpotensi untuk memberikan perlindungan yang lebih lama.

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Buka aplikasi MySejahtera.

2. Klik ikon ‘Vaksinasi COVID-19’ dan tambah tanggungan vaksinasi.

3. Klik butang ‘Tambah Tanggungan Vaksinasi’ dan lengkapkan borang. Ibu bapa boleh menambah lebih daripada satu tanggungan.

4. Sahkan pendaftaran dan jawab soalan penilaian kelayakan. Pastikan tanggungan didaftarkan melalui 1 akaun MySejahtera sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai program vaksinasi ini, sila layari laman web https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.