Advertisements

Permohonan MyICE: Geran Pertubuhan Berdaftar Sehingga RM10,000

Pertubuhan berdaftar di Malaysia berpeluang mendapatkan geran menerisi Malaysia Incentive Community Empowerment (MyICE) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

MyICE merupakan inisiatif pemberian geran yang diberikan kepada pertubuhan berdaftar bagi kategori kebajikan, sosial, keselamatan, dan hak asasi.

Untuk makluman, pelaksanaan MyICE telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2022.

Menerusi pembentangan tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada 2,000 pertubuhan berdaftar bagi pelaksanaan inisiatif ini.

Permohonan geran ini boleh dibuat bermula 1 Febuari hingga 31 Mei 2022 secara atas talian.

Objektif Pelaksanaan

Objektif pelaksanaan MyICE adalah untuk memastikan pertubuhan berdaftar:

  • Melaksanakan tadbir urus yang baik.
  • Mempunyai nilai kesukarelawanan melalui pertubuhan.
  • Mempunyai kepimpinan yang unggul.

Jumlah Geran

Jumlah geran yang ditawarkan menerusi MyICE adalah sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar yang layak.

Kategori Pertubuhan

Kategori pertubuhan yang layak untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

i) Kategori Kebajikan

  • Ibu tunggal
  • Kebajikan masyarakat
  • Kebajikan ahli
  • Orang kurang upaya
  • Warga emas

ii) Kategori Keselamatan

  • Pencegahan jenayah
  • Bomba sukarela

iii) Kategori Hak Asasi

  • Alam sekitar
  • Pengguna
  • Manusia
  • Pendidikan

iv) Kategori Sosial

  • Alumni
  • Pendidikan penduduk
  • Keturunan

Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin membuat permohonan perlu menepati syarat-syarat berikut:

  1. Pertubuhan tersebut mestilah berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966 sehingga 31 Disember 2021.
  2. Pertubuhan tersebut mestilah menghantar penyata tahunan yang lengkap teratur dan terkini sekurang-kurangnya penyata tahunan bagi tahun 2020.
  3. Pertubuhan terbabit mempunyai rekod pengurusan yang baik.

Cara Memohon

Permohonan untuk mendapatkan geran ini boleh dibuat menerusi laman web https://www.eroses.gov.my/.

Selepas mendaftar di dalam sistem ini, sila ke Sistem Permohonan MyICE dan buat permohonan sehingga selesai.

Proses permohonan geran ini secara terperinci boleh dirujuk melalui gambar di bawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Sistem Elektronik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia di pautan https://www.eroses.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.