Advertisements

SRP: Skim Rumah Pertamaku Tanpa Deposit & Pembiayaan 110%

Advertisements

Bagi keluarga yang masih belum memiliki rumah pertama, mereka boleh memohon rumah pertama dengan pembiayaan sebanyak 11% dan tanpa deposit menerusi Skim Rumah Pertamaku (SPR).

SRP adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama untuk memiliki rumah.

Untuk makluman, inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali ini kali pertama diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia.

Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dan setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah rumah.

Mengenai SRP

SRP diwujudkan bagi membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

Menerusi skim ini juga, pembeli rumah pertama akan mendapat pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. 

Pihak Cagamas SRP Berhad akan menjamin sehingga 20% pertama tersebut atas dasar ‘kerugian pertama’.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon skim ini perlu memenuhi 3 syarat kelayakan utama iaitu:

i) Pemohon yang layak

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia,
  2. Pembeli rumah pertama.
  3. Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri.
  4. Pemohon individu atau bersama.
  5. Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama.
  6. Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas.
  7. Pembiayaan sehingga 110%.

ii) Harta yang layak

  1. Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder yang terletak dalam Malaysia.
  2. Nilai maksimum hartanah RM500,000.
  3. Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan).

iii) Keperluan Pembiayaan

  1. Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan.
  2. Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran).
  3. Insurans/takaful kebakaran diwajibkan.
  4. Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    – Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu di https://power.akpk.org.my/.
    – Tempoh moratorium selama 5 tahun.

Cara Memohon

Permohonan skim ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Cari rumah yang diingini.
  2. Dapatkan dokumen yang berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan pembiayaan perumahan ke cawangan bank-bank yang mengambil bahagian.
  5. Cawangan bank yang mengambil bahagian adalah seperti berikut:
Nama BankNo Tel
Affin Bank03-8230 2222
Affin Islamic Bank03-8230 2223
Alliance Bank03-5516 9988
Alliance Islamic Bank 03-5516 9989
AmBank03-2178 8888
AmBank Islamic 03-2178 8888
Bank Islam03-2690 0900
Bank Muamalat03-2600 5500
Bank of China03-2059 5566
CIMB Bank03-6204 7788
CIMB Islamic Bank03-6204 7789
Hong Leong Bank03-7626 8899
Hong Leong Islamic Bank03-7626 8900
Maybank1 300 88 6688
Maybank Islamic1 300 88 6688
MBSB Bank03-2096 3000
Bank OCBC Al-Amin Bank03-8314 9310
OCBC Bank03-8317 5000
Public Bank1 800 22 9999
Bank Public Islamic Bank1 800 22 9999
RHB Bank03-9206 8118
RHB Islamic Bank03-9206 8118
Standard Chartered Bank1 300 888 888
Standard Chartered Saadiq Bank1 300 888 888
United Overseas Bank03-2612 8121

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai skim ini, sila layari laman web https://www.srp.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.