Advertisements

Permohonan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia RM3,000

Advertisements

Usahawan informal dan mikro yang terlibat dalam bencana banjir kini boleh memohon Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM3,000 yang ditawarkan oleh TEKUN Nasional.

Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia merupakan geran berbentuk RM3,000 yang diberikan kepada peniaga informal dan mikro yang terjejas akibat banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 bagi memulihkan perniagaan dan memastikan perniagaan mereka beroperasi semula.

Geran ini diharap mampu memberikan kelegaan kepada usahawan informal dan mikro untuk meneruskan perniagaan mereka walaupun ditimpa musibah banjir.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian atau melalui Pejabat Cawangan TEKUN atau melalui agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) atau Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) yang berhampiran.

Maksud Perniagaan Informal & Mikro

Geran ini dikhaskan kepada usahawan perniagaan informal dan mikro yang terlibat dengan banjir sahaja.

Pernigaan informal bermaksud perniagaan yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Perniagaan mikro pula ialah perniagaan yang berdaftar dengan jualan kurang daripada RM300,000 setahun atau bilangan pekerja kurang daripada 5 orang.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah peniaga informal dan mikro yang terjejas dengan banjir.
  2. Berumur 18 tahun ke atas.
  3. Terbuka kepada warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.
  4. Premis perniagaan (termasuk menjalankan perniagaan dari rumah) yang terlibat dengan banjir pada Disember 2021 dan Januari 2022 sahaja.
  5. Premis perniagaan yang terputus hubungan tetapi tidak terlibat dengan banjir adalah tidak layak.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

i) Secara Online

  1. Layari pautan permohonan iaitu https://tinyurl.com/geranbbkm.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  3. Klik butang ‘Next’ pada setiap akhir paparan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

ii) Secara Manual

Permohonan secara manual boleh dilakukan dengan berkunjung ke Pejabat Cawangan TEKUN/MEDAC/AIM yang berhampiran dengan membawa dokumen yang diperlukan.

Lokasi pejabat Cawangan TEKUN boleh dirujuk melalui pautan berikut https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik atau dibawa ke pejabat Cawangan TEKUN/MEDAC/AIM adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan penyata bank individu
  3. Salah satu daripada laporan berikut: Laporan Polis/Bomba/NADMA/Agensi MEDAC/Pemimpin Tempatan/Penghulu/Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Jawatankuasa Pembanguan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)/Ketua Kaum (Sabah dan Sarawak)/Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil/Dewan Perniagaan

Proses Kelulusan

Proses kelulusan permohonan geran ini adalah selama 7 hari selepas menerima permohonan lengkap.

Geran ini adakan diberikan secara terus kepada akaun bank pemohon yang diberikan semasa permohonan atau menerusi kaedah pengeluaran cek.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia, sila layari laman web https://www.tekun.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.