Advertisements

Semarak Niaga Keluarga Malaysia: Pembiayaan PKS Mikro RM40 Bilion

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia dengan akses pembiayaan kepada sektor perniagaan terutamanya Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Mikro berjumlah RM40 bilion.

Tujuan inisiatif ini diumumkan adalah untuk memastikan keupayaan PKS dan Mikro terpelihara terutamanya ekoran penularan pandemik COVID-19.

Inisiatif ini juga sebahagian daripada strategi induk Belanjawan 2022 untuk membantu sektor perniagaan bangkit semula terutamanya kepada PKS dan Mikro.

Mengenai Semarak Niaga

Inisiatif Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia akan memastikan keupayaan dan daya saing sektor perniagaan PKS dan Mikro.

Menerusi inisiatif ini, kerajaan menawarkan 4 kemudahan utama iaitu:

  • Kredit mikro
  • Pinjaman mudah PKS
  • Pembiayaan mudah ekuiti/alternatif
  • Jaminan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

Kredit Mikro

Pinjaman kredit mikro ditawarkan kepada PKS Mikro dengan peruntukan sebanyak RM1.8 bilion.

Kemudahan yang ditawarkan menerusi inisiatif ini adalah seperti berikut:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  • Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF) daripada Bank Negara Malaysia
  • TekunNITA daripada TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Sukan daripada TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) daripada TEKUN Nasional
  • Skim Pembiayaan Usahawan PKS Untuk Kaun Cinda daripada Koperasi Jaya Diri Malaysia Berhad

Pinjaman Mudah PKS

Menerusi pinjaman mudah PKS, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM14.2 bilion yang merangkumi kemudahan berikut:

  • Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF) daripada Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) daripada Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan Agromakanan (AF) daripada Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan Automasi dan Digital (ADF) PKS daripada Bank Negara Malaysia
  • Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES) daripada MARA
  • Kemudahan Teknologi Tinggi-Aspirasi Pelaburan Nasional (HTF-NIA) daripada MARA
  • Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF) daripada MARA
  • Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK) daripada MARA
  • Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA/Belia (PUTRA) daripada MARA
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) daripada MARA
  • Program Pembangunan Usahawan Professional (ProSPEC) daripada MARA
  • MARA Integrated Smart Auto (MISA) daripada MARA
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNita) daripada MARA
  • Jumpstart Financing daripada MIDF
  • Program Pembiayaan daripada PUNB
  • IBS Promotion Fund (IBS 2.0) daripada SME Bank
  • Young Entrepreneur Fund (YEF 2.0) daripada SME Bank
  • Skim Modal Kerja daripada Malaysia Development Bank
  • Program Pembiayaan Agromakanan daripada Agro Bank

Pembiayaan Mudah Ekuiti/Alternatif

Pembiayaan mudah ekuiti/alternatif bertujuan membantu syarikat yang berdaya maju tetapi mempunyai kekangan mendapatkan dana baharu kerana mempunyai masalah keberhutangan atau gearing yang tinggi.

Menerusi kemudahan ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion yang meliputi kemudahan berikut:

  • Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) daripada Bank Negara Malaysia
  • Dana Permodalan Semula Perniagan SME oleh SME Bank
  • Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF)
  • Skim Reset daripada Malaysia Development Bank

Jaminan SJPP

Jaminan pembiayaan dengan peruntukan sebanyak RM22 bilion termasuk RM2 bilion khusus kepada syarikat Bumiputera.

Kemudahan yang ditawarkan menerusi jaminan pembiayaan ini adalah seperti:

  • Skim Jaminan Kerajaan PEMULIH (PGSS) daripada SJPPP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia, layari laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/semarakniaga.html.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.