Advertisements

Skim i-Bermusim: Pembiayaan Perniagaan Sempena Ramadhan & Syawal

Advertisements

Kerajaan Negeri Selangor di bawah Hijrah Selangor menawarkan Skim i-Bermusim kepada para usahawan yang ingin mendapatkan pembiayaan perniagaan sempena bulan Ramadhan dan Syawal menerusi Skim i-Bermusim.

Skim i-Bermusim adalah skim pembiayaan berbentuk modal perniagaan yang ditawarkan kepada para usahawan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.

Dengan kewujudan skim ini, ini akan memberikan peluang kepada para usahawan memperoleh modal perniagaan bagi beroperasi dan mengembangkan perniagaan mereka di Bazar Ramadan dan Ekspo Aidilfitri.

Permohonan Skim i-Bermusim akan dibuka mulai 25 Februari sehingga 25 Mac bagi usahawan yang mengusahakan perniagaan di Bazar Ramadan manakala bagi ekspo Aidilfitri akan diumum kemudian.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi skim ini adalah sebanyak RM1,000 sehingga RM20,000.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon skim ini adalah seperti:

  1. Perniagaan pemohon sudah beroperasi.
  2. Pemohon mempunyai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/lesen atau permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/dokumen perjanjian.
  3. Pemohon mestilah rakyat atau pemastautin di Negeri Selangor.
  4. Pemohon mengundi di Negeri Selangor.
  5. Pemohon berumur 18 sehingga 65 tahun.

Cara Memohon

Bagi pemohon yang berminat, mereka boleh mengikuti langkah-langkah permohonan berikut iaitu:

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

  1. Layari laman web http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login.
  2. Klik bahagian ‘Create An Account.’
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Submit.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Lengkapkan pendaftaran dengan mengisi maklumat yang diperlukan.
  6. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  7. Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran pasport pemohon.
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  3. Salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/salinan perjanjian).
  4. Salinan penyata akaun bank/buku bank.
  5. Salinan bil utiliti premis dan tempat tinggal pemohon.

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Skim i-Bermusim, layari laman web https://www.hijrahselangor.com/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.