Guru agama di Negeri Kedah yang berpendapatan di bawah RM2000 sebulan, mereka dialu-alukan untuk memohon Agihan Zakat Guru Agama 2022 daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Agihan zakat ini dilaksanakan khusus kepada guru agama di negeri tersebut yang berpendapatan rendah bagi membantu mereka meneruskan kehidupan harian mereka.
Oleh itu, guru agama di Negeri Kedah yang memenusi syarat permohonan adalah dialu-alukan untuk memohon agihan zakat ini.
Permohonan dibuka mulai 15 Februari 2022 sehingga 15 Mac 2022 secara atas talian.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang berminat adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan ke atas.
- Pemohon mestilah lahir di Negeri Kedah/menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
- Pemohon mestilah mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
- Pemohon mestilah berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM 2,000.00 sebulan.
- Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam.
- Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang.
- Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun.
- LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://agihan.zakatkedah.com.my.
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Pilih skim zakat dan masukkan no kad pengenalan diikuti dengan butang ‘Teruskan.’
- Klik butang ‘Ya, Teruskan ke Borang.’
- Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selepas semua maklumat dan dokumen di muat naik, buat pengesahan dan hantar permohonan.
Dokumen Yang Perlu Dimuat Naik
Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut iaitu:
- Kad Pengenalan Pemohon.(kad pengenalan baru)
- Slip gaji, penyata pendapatan surat pengesahan pendapatan (bagi yang tidak berkerja atau yang tiada slip gaji) https://agihan.zakatkedah.com.my/docs/Borang-Pengesahan-Pendapatan_GURU_AGAMA-2022.pdf?fbclid=IwAR3PiP0TjwicroxAT0vxtqk6CORjgYkZdP3P39jHqp4Zolse4klqjRhrrDY.
- Pengesahan akaun bank pemohon (selain ASB dan Tabung Haji).
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Operasi Agihan LZNK di talian 04-733 1740.