Advertisements

Saguhati Umrah: Pemberian RM1,671 Seorang Melalui Akaun TH

Advertisements

Susulan penangguhan sementara perjalanan Umrah akibat penularan Omicron, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan saguhati kepada jemaah Umrah yang terlibat sebanyak RM1,671 seorang.

Untuk makluman, Kerajaan Malaysia sebelum ini membuat keputusan untuk menangguhkan kebenaran perjalanan Umrah bermula 8 Januari 2022 akibat penularan Omicron.

Langkah ini dibuat bagi mengurangkan risiko penularan wabak Omicron yang dibawa dari luar ke dalam negara.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Malaysia kini telah memberikan kebenaran semula perjalanan Umrah bagi warganegara Malaysia bermula 8 Februari 2022.

Jumlah Saguhati

Jumlah saguhati yang akan diberikan oleh Kerajaan Malaysia bagi jemaah Umrah yang terjejas adalah sebanyak RM1,671 seorang.

Seramai 8,027 jemaah Umrah yang terkesan layak menerima saguhati tersebut.

Tarikh Pengkreditan

Bayaran saguhati ini akan dikreditkan kepada akaun Tabung Haji (TH) jemaah Umrah yang terlibat mulai 18 Februari 2022.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Namun, terdapat hampir 1,000 jemaah Umrah yang tidak mempunyai akaun TH dan mereka mesti membuka akaun tersebut sebelum 18 Februari 2022.

Buka Akaun TH Secara Online

Untuk membuka akaun TH, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web TH iaitu https://www.thijari.com.my/
  2. Klik pada bahagian ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  3. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan.
  4. Selepas itu, sila hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan.
  5. Buat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan di kaunter.
  6. Pembukaan akaun selesai.

Buka Akaun TH Di Kaunter

Untuk mereka yang menghadapi kesukaran membuka akaun TH secara online, mereka boleh hadir di mana-mana kaunter cawangan TH yang berhampiran.

Mereka akan dilayan serta merta tanpa perlu beratur dan menunggu dalam masa yang lama.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.