Koperasi Tentera telah membuka permohonan kepada anggota untuk memohon Skim Sumbangan Bakti Bantuan Perubatan (SBBU) 2022.
Untuk makluman, SBBU merupakan skim kebajikan yang diberikan dalam bentuk kewangan atau peralatan sokongan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat yang menghidap sebarang penyakit atau kecederaan yang dihadapi.
Ini sekaligus dapat membantu keluarga anggota dalam menguruskan pembiayaan bantuan perubatan yang diperlukan untuk merawat anggota terbabit.
Permohonan bagi skim sumbangan ini telah dibuka pada 1 Mac 2022 dan akan ditutup pada 1 April 2022.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan yang ditetapkan untuk permohonan skim sumbangan ini adalah seperti berikut:
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera sahaja.
- Telah menjadi anggota Koperasi Tentera selama 3 tahun dan ke atas.
- Tidak menamatkan keanggotaan Koperasi Tentera dalam tempoh permohonan.
- Bagi permohonan suami dan isteri (anggota Koperasi Tentera), hanya 1 permohonan sahaja yang layak diterima.
- Keutamaan diberikan kepada anggota atau ahli keluarga terdekat (isteri/suami/ibu/bapa/anak) yang menghidapi penyakit kronik berlarutan.
- Permohonan terhad hanya seorang sahaja pesakit yang layak dimohon dalam satu keluarga.
Cara Memohon
Permohonan skim bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Muat turun borang permohonan di pautan https://bit.ly/35BFW2C.
- Isi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:
i) Pemohon
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
- Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank
ii) Pesakit
- Salinan Mykad
- Surat Perubatan Terkini dari Hospital/Klinik
- Salinan Kad Kebajikan OKU (Bagi Pesakit OKU)
Maklumat Lanjut
Untuk pertanyaan mengenai SBBU, sila hubungi Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan Koperasi Tentera berhampiran.