Advertisements

7 Perkara Utama Peralihan Fasa Endemik Bermula 1 April 2022

Advertisements

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac 2022 telah mengumumkan Malaysia akan melaksanakan Peralihan Fasa Endemik bermula pada 1 April 2022.

Beliau menyatakan Fasa Peralihan Endemik ini adalah untuk memastikan negara kembali kepada kehidupan normal selepas rakyat bergelut dengan pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Fasa ini adalah fasa sementara sebelum negara akan beralih ke fasa endemik (sepenuhnya) yang mana ia tertakluk kepada pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berikut merupakan 7 perkara utama yang diumumkan kerajaan bagi fasa peralihan ini.

Pelitup Muka

Walaupun negara telah mengalami fasa peralihan ini, namun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di tempat awam.

Setiap individu perlu mematuhi peraturan ini dengan memakai pelitup muka terutamanya di tempat awam.

Premis Perniagaan

Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan dan pemilik premis dibenarkan melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Ini bermakna premis perniagaan dibenarkan menjalankan aktiviti perniagaan selepas jam 12 tengah malam.

MySejahtera

Pendaftaran kemasukan menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai.

Selain itu, MYSJTrace pula diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi tetamu atau pengunjung.

Aktiviti Ibadat

Aktiviti solat jemaah di masjid atau surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain agama Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Namun, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Vaksinasi

Had kapasiti pekerja yang sebelum ini bergantung kepada liputan vaksinasi dimansuhkan.

Semua individu tanpa mengira status vaksinasi dibenarkan merentas negeri.

Perkumpulan Ramai

Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan.

Namun, penjarakan fizikal terutamanya di tempat perkumpulan sangat penting dan masih digalakkan.

Pembukaan Sempadan Negara

Pembukaan semula sempadan negara akan dilaksanakan mulai 1 April 2022.

Rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.

Rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass.

Mereka hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera.

Untuk mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap, mereka tidak perlu menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai Peralihan Fasa Endemik, sila layari laman web https://www.mkn.gov.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.