Advertisements

Modal [email protected]: Pembiayaan Modal Kerja Tetap Sehingga RM500,000

Advertisements

SME Bank dan SME Corp telah membangunkan satu program pembiayaan modal kerja tetap kepada usahawan Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) iaitu Modal [email protected] Accelerator Programme (Modal [email protected]).

Modal [email protected] merupakan program yang dibangunkan secara eksklusif untuk pembiayaan modal kerja tetap sahaja menampung kos overhed selama 6 bulan.

Pelaksanaan program ini juga bertujuan bagi membantu usahawan PKS yang terjejas akibat COVID-19 bagi mendapatkan modal kerja tetap.

Permohonan program ini dibuka mulai 28 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022 atau sehingga dana program ini habis digunakan.

Jumlah Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan menerusi program ini adalah sebanyak minima RM50,000 dan maksima sehingga RM500,000.

Kadar & Tempoh Pembiayaan

Kadar pembiayaan yang ditetapkan bagi program ini adalah sebanyak 4% setahun.

Tempoh pembiayaan pula adalah sehingga 7 tahun termasuk tempoh pernafasan atau moratorium sehingga 12 bulan.

100 ribu orang dalam Telegram kami berjaya terima bantuan SETIAP BULAN. Join Sekarang!

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan bagi usahawan PKS yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. PKS seperti yang didefinisikan oleh Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS kebangsaan.
  2. Pemilikan syarikat sekurang-kurangnya 60% oleh wargenegara Malaysia.
  3. Pemilikan bagi perusahaan besar tidak melebihi 20%.
  4. Pemohon berdaftar dengan SSM, atau pihak berkuasa/pejabat daerah (untuk Sabah dan Sarawak), atau badan berkanun untuk perkhidmatan professional.
  5. Pengendali perniagaan sepenuh masa.
  6. Syarikat telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  7. Penilaian SCORE hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 6 bulan selepas pembiayaan diluluskan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila kunjungi SME Bank dan SME Corp yang berhampiran untuk membuat permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Modal [email protected], sila hubungi pihak SME Bank di talian 03-2603 7700 atau melayari laman web https://www.smebank.com.my/.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.